Browse » Home » » Elak "Malaysian Spring", Pertahan Kedaulatan Negara
Elak "Malaysian Spring", Pertahan Kedaulatan Negara
KUDAT, 25 Jan – Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim
Bakri menggesa rakyat berwaspada terhadap golongan yang cuba mencabar
kredibiliti sistem kerajaan dan mempertikaikan kedaulatan undang-undang
negara.
Menurutnya golongan itu berusaha melumpuhkan kepercayaan rakyat
terhadap sistem dan institusi kerajaan sedia ada termasuk sistem
perundangan dan kehakiman, sistem pilihan raya dan kebebasan Suruhanjaya
Pilihan Raya dan cuba memberi gambaran buruk keputusan kerajaan dengan
mewujudkan persepsi negatif.
“Golongan ini menggunakan media alternatif yang terlalu sukar untuk
diambil tindakan kerana sebahagiannya menggunakan pangkalan serangan
(siber) dari luar negara, dan mereka bebas menyerang kerajaan.
“Dengan mekanisme begini mereka boleh mempengaruhi rakyat menentang
kerajaan seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah yang mereka
namakan ‘Arab Spring’. Rakyat harus faham dengan agenda besar iaitu
matlamat menghalalkan cara ini,” katanya ketika berucap pada majlis
bertemu rakyat di Kampung Sri Aman, dekat sini semalam.
Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata perangkap yang
dipasang itu dikhuatiri akan berjaya sekiranya rakyat tidak peka dan
tidak cuba memahami agenda besar mereka.
“Hanya perpaduan rakyat sahaja yang boleh menjadi benteng serangan ini,” katanya.
Beliau turut mengagihkan bantuan kepada 250 orang miskin dan
mengumumkan pelaksanaan projek kecil kepentingan rakyat di kampung
berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



tragedi letupan challenger milik nasa

buruh mengaku salah culik kanak kanak lelaki curi ...

pm arah bantuan koordinasi diselaras secara langsu...

from pas donating rm100 to cyberbullying sim s ado...

test image vertical news content 2

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Ok done. Tq
BalasPadambukukan kisah beliau ni agar genarasi baru tahu ttg perjuangan semalam hehe..
BalasPadam