Nuffnang

WOW!!! Nasi Lemak "Berlauk" Cicak Dalam Penerbangan Air Asia


Uwek! Macam nak termuntah bila terbaca berita ni. Ini yang kadang-kadang membuatkan tidak mahu membeli makanan secara online walaupun untuk dimakan semasa dalam penerbangan. Seorang penumpang pesawat penerbangan tambang murah tersohor Air Asia mendakwa menemui seekor cicak ketika sedang menikmati nasi lemak yang dibeli di dalam pesawat berkenaan.
Penumpang tersebut, Awang Waseem yang menceritakan perkara itu memberitahu, dalam kejadian pada 27 Mac lalu, dia yang menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuching telah membuat pesanan makanan dengan menu nasi lemak.


“Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.

“Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan,” katanya menerusi laporan yang dibuatnya.


Laporan polis itu kemudian dimuat naik ke laman sosial berserta gambar nasi lemak yang dibelinya dan telah dikongsi di Facebook Oh Media!.

Waseem berkata, laporan polis yang dibuatnya itu juga bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya.

Hmm... tak dapat bayangkan kalau diri berada di tdempat Waseem ketika itu.
Share this article

1 Komen:

  1. Dah cakap hari tu MAS juga pojaan hati ku.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top