Nuffnang

PERTAHAN PONDAN : Peguam Wanita Melayu Dikecam!!!


Peguam Wanita Islam Melayu Pertahankan Golongan Pondan Dipersoal

Inilah wajah peguam wanita Siti Zabedah Kasim yang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas JAWI atas satu serbuan disebuah majlis anjuran nyah-nyah Malaysia di sebuah hotel di ibu kota.
Hasil serbuan itu JAWI telah menangkap penganjur majlis berkenaan yang juga seorang pondan terlarang dan akan didakwa atas kesalahan mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan mengalakkan maksiat mengikut akta Kesalahan jenayah Syariah Wilayah Persekutuan. (1997)

Harap JAWI mengambil tindakan sama pada Peguam berkenaan kerana tidak menunjukan ciri-ciri diri dan cara berpakaian sebagai seorang wanita islam yang baik.

Kalau peguam bukan islam yang mempertahankan golongan transgender ini pasti masyarakat islam khususnya orang2 melayu tidak akan persoalkan peranannya untuk bantu golongan tersebut. (SUMBER).

DITAHAN POLIS

Peguam, Siti Kasim ditahan semalam, kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan melakukan intimidasi jenayah, ketika menghadiri sebuah majlis anjuran golongan transgender, Ahad lalu.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Siti melalui akaun Facebooknya hari ini memaklumkan, dia ditahan ketika berada di Balai Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan bagi laporan polis yang dibuatnya terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.

Aktivis itu kemudiannya mempertahankan tindakannya, dengan menegaskan dia sekadar menjalankan tugas sebagai peguam untuk anak guamnya.

“Jika saya dapat menghentikan pegawai-pegawai daripada menahan ramai transgender pada malam itu daripada dimalukan dan dihukum tanpa mengikut undang-undang, saya dengan senang hati sedia didakwa atas kesalahan itu.


“Mungkin mereka ditakutkan dengan suara kuat dan rambut perang saya berserta bunga-bungaan. Orang agama boleh menjadi sangat sensitif,” tulisnya.

Tegasnya, dia tidak akan mengalah dan akan melakukan tindakan sama “beratus kali lagi”, kerana dia menentang sebarang bentuk kezaliman, khasnya yang bertopengkan agama.

Tambahnya, dia tidak takut kepada badan-badan agama, tetapi hanya takut kepada “Tuhan dan hantu”.

Siti ditahan susulan serbuan yang dilakukan JAWI ke atas sebuah majlis tertutup anjuran golongan transgender.

Ia menjadi tumpuan media, susulan sebuah rakaman video berhubung kekecohan membabitkan Siti bersama seorang individu transgender lain memarahi penguatkuasa JAWI.

Dalam keterangan video itu, Siti mendakwa, adalah jelas JAWI datang untuk mengganggu majlis kutipan amal dan mensensasikan perkara itu dengan membawa media bersama ketika melakukan serbuan.

Siti yang turut ditahan penguatkuasa JAWI ketika serbuan itu menjelaskan, ia adalah majlis kutipan amal, di mana individu transgender yang hadir turut menyertai pertunjukan seakan-akan pertandingan ratu cantik.
Share this article

2 Komen:

  1. Wow...she looks like a pondan too!! A fat ugly pondan!

    BalasPadam
  2. Dia ni juga dulu nak saman hudud jika dilaksanakan. Doakan sajalah dia berubah kembali pada ajaran Islam sebenar.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top