Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PERSOAL MARA DIGITAL : Inilah Melayu Yang Menjahanamkan Melayu!!!


Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik kewujudan pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi peniaga Melayu dan bumiputera, Mara Digital di sini.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin nendakwa, ia kerana pusat membeli belah IT di Menara Mara itu diwujudkan tidak lama selepas insiden pergaduhan di Low Yat.

“Apakah ini akan memberi manfaat kepada masyarakat umum apabila keistimewaan 38 peniaga telah diberi faedah untuk menerima sewa percuma selama enam bulan.

“Masih ramai lagi diluar sana yang lebih layak untuk merasai kenikmatan tersebut. Menjadi harapan agar tragedi Low Yat dan Kota Raya tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zuraida dalam pada itu mendakwa, permasalahan kaum dalam negara semakin teruk kerana sentiasa ada ruang untuk mana-mana pihak menyalakan api perkauman.

Kata beliau, pihak terbabit perlu belajar erti saling hormat-menghormati malah menyambut serta meraikan perayaan masing-masing.

“Menyambut dan meraikan perayaan masing-masing adalah simbol betapa uniknya sebuah negara Malaysia,” katanya.

Pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi Mara Digital yang diusahakan peniaga Melayu dan bumiputera dibuka kepada orang ramai pada 8 Disember tahun lalu.

Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terletak di Menara Mara itu memberi satu lagi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan lebih murah dan dijamin ketulenannya di bawah satu bumbung.

Inilah mentali melayu yang menjahanamkan bangsanya sendiri. Bukannya nak meyokong, tetapi nak mempertikaikannya pula... Sepatutnya dia menyokong malah mencadangkan lebih banyak pusat perniagaan bumiputera yang seperti MARA Digital ni.

Sedangkan kumpulan perniagaan yang "satu" tu dah lama buat untuk bangsa mereka. Tak sedar atau buat-buat tak sedar YB?
Share this article

5 Komen:

  1. Imigran penjual buah yg tak sedar diuntung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi melayu original juga yg bahalol.....undi dia buat apa...??

      Padam
  2. dia ni melayu ke

    BalasPadam
  3. Balik Singapore la sial!

    BalasPadam
  4. dah agak dah......agak2 sape kat belakang suruh dia kata gitu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top