Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KEBANGGAAN: Firdaus Anak Melayu Cipta Sejarah Di UK


KUALA TERENGGANU: Dr Mohd Firdaus Samsudin Mustapha yang menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam jurusan biokimia di Universiti Oxford, muncul sebagai anak Terengganu pertama ditawarkan tugas sebagai felo penyelidik kimia di University Of Southampton, United Kingdom.

Beliau yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bakal memulakan tugasnya bermula 1 Februari tahun hadapan.

Dr Mohd Firdaus, 27, yang memenangi Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu, dijangka menjalankan penyelidikan menghasilkan ubatan baharu bagi menangani jangkitan bakteria psuedomonas, yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi lemah.

Menurut anak kedua daripada empat beradik pasangan pesara kerajaan dan guru tadika itu, beliau  bercita-cita menjadi seorang saintis dan berazam untuk memenangi anugerah Hadiah Noble pada masa hadapan.

"Saya rasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan saya berharap kejayaan saya dapat menjadi sumber inspirasi pada adik-adik, semua pelajar pelajar lepasan SPM dan universiti di Terengganu terutamanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Kali Ke-17 Di Dewan Besar, Wisma Darul Iman yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Share this article

2 Komen:

  1. Semoga membawa nama melayu-islam kembali cerah selepas PM yang terkenal dengan 'DERMA' 2.6 billion yang menakjubkan!

    BalasPadam
  2. Apa kau merepek ni.....derma 2.6 billion tu pada sapa PM nak beri tak perlu lah kau sibuk....tu bukan duit kau pun.....orang dah derma ambil....bukan yahudi pun yang derma....sudah sudahlah....cara kau ni kan nampak sangat kau teringin duit derma tu kan....memalukan je orang jenis apa kamu ni

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top