Browse » Home »
Berita
» SHAH RUKH KHAN : Komen Ke Atas Kilafairy Dan Aliff Aziz Mendapat Perhatian Netizen
SHAH RUKH KHAN : Komen Ke Atas Kilafairy Dan Aliff Aziz Mendapat Perhatian Netizen
Pelakon bollywood yang terkenal dan dikenali di seluruh pelosok dunia, Datuk Shah Rukh Khan telah memberi komen yang mengejutkan tentang nyanyian Aliff Aziz dan Kilafairy.
Beliau kini sedang mempromosikan filem yang terbaru bertajuk ‘Dilwale’, lakonannya bersama Kajol, yang merupakan pasangan hero heroin yang serasi.
Datuk Shah Rukh Khan melalui instagramnya telah memuji nyanyian Aliff Aziz dan Kilafairy yang bertajuk Warna Cinta. Lagu ini adalah versi bahasa Melayu yang diadaptasi dari lagu filem bollywood tersebut iaitu Gerua.
Beliau memuat naik posting pujian menerusi laman instagramnya, @IAMSRK setelah ejennya di Malaysia iaitu SRK Universe Malaysia merepost semula posting berkaitan promo Warna Cinta yang terlebih dahulu dimuat naik joeprcinternational sejak beberapa hari lalu.
Joeprcinternational yang turut bertindak sebagai pemasaran Sony Music Malaysia turut menyelitkan sedikit sedutan ringkas nyanyian Warna Cinta Aliff Aziz dengan aktres Kilafairy.
Posting tersebut menarik perhatian SRK Universe Malaysia, lebih-lebih lagi apabila mereka turut terlibat dalam membantu mempromosikan filem tersebut. Filem Dilwale telah ditayangkan bermula pada 18 Disember lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



deputy minister defends jalur gemilang badge amid ...

last day bekerja di bulan ramadhan

bergambar dengan dekorasi meriah raya jalinan trad...

dr mahathir urges compassion for cancer stricken j...

lokasi kami di sini segera daftar sebagai agent mo...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....