Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SAMAN : Mahkamah Izin Permohonan Najib


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi membenarkan permohonan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Datuk Abdul Rauf Yusoh untuk membatalkan saman bekas ahli UMNO Langkawi Anina Saadudin berhubung isu wang derma RM2.6 bilion.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu dengan alasan Anina tidak lagi mempunyai hak di sisi undang-undang untuk berbuat demikian berikutan keahliannya sudah dilucutkan.

Mahkamah turut memerintahkan Anina membayar kos RM10,000 kepada Najib dan Abdul Rauf.

Terdahulu, Mohd Zaki berkata prosiding mahkamah hanya boleh dimulakan oleh pegawai awam atau pemegang jawatan dalam pertubuhan.

"Bagi memulakan tindakan Anina sebagai plaintif perlu menjadi ahli ketika ia difailkan dan berterusan sehingga kini.

"Plaintif boleh mulakan tindakan kemuka saman tetapi ia berubah apabila dia dipecat dan sudah disahkan di Mahkamah Tinggi," katanya.

Najib dan Abdul Rauf diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Anina diwakili Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 28 Ogos lalu, Anina mengemukakan saman antaranya bagi menuntut pembayaran balik RM2.6 bilion, yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
Share this article

2 Komen:

  1. With 2 tranches that went into his PERSONAL ACCOUNT in the BILLIONS, you tell me what is that he cannot buy???

    Next question are, whats left of INTEGRITY after AG's purged, PDRM's silence on 1MDB's investigation and purging of SB, BNM's paralysis in getting 1MDB's prosecution etc.....and you'd really think this as legitimate news???

    You can be blind when the money flows but can it go on forever??? Truth will prevail eventually!

    BalasPadam
  2. aku setuju dengan ,, yo semoga tahun ini malasia makin maju amin,,


    Obat Herbal Untuk Maag Kronis Ampuh

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top