Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BIADAP!!! 4 Laporan Polis Lagu Hina Pemimpin Dan UMNO


Empat laporan polis dibuat pada Ahad meminta tindakan undang-undang segera diambil berhubung lagu menghina pemimpin dan parti Umno yang menjadi viral di laman sosial ketika ini. 
Laporan polis itu dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Merbok, Puteri Umno Bahagian Merbok, Belia 4B Parlimen Merbok dan Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Merbok di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Merbok Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, lagu terbabit dipercayai mula disebar di internet pada tahun 2007 namun sejak tiga hari lalu menjadi viral di laman sosial.

"Sebab itu hari ini kami membuat laporan polis terhadap kebiadapan sekumpulan pemuzik yang menukar lirik lagu kepada kata-kata yang menghina Umno," katanya pada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.

Shaiful Hazizy berkata, tindakan beliau dan rakan-rakan lain membuat laporan polis adalah dasar tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan parti daripada fitnah dan unsur tidak sihat.

"Kita perlu berhemah dalam berpolitik, ada lunas-lunas dan landasan tertentu namun ini sudah di luar landasan dan muzik yang sepatutnya hanya sebagai hiburan dan berada di luar pengaruh politik, kini menjadi pentas sebar fitnah," katanya. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top