Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MARA DIGITAL : Tawaran Menarik Tahun Baru


Orang ramai berpeluang memiliki pelbagai gajet dan alat telekomunikasi dengan harga menarik sempena tawaran tahun baharu apabila berkunjung ke Mara Digital di sini.

Seorang pengusaha telefon bimbit, M. Khairul Ikmal berkata, ba­nyak produk baharu dengan harga yang lebih murah akan dipasarkan hanya di pusat sehenti itu.

Antara produk tersebut adalah telefon pintar seperti Elephone yang menggunakan spesifikasi tinggi keluaran Hong Kong dijual pada harga mampu milik tidak lama lagi.

“Kita sebagai pengusaha amat memahami keperluan yang diingini oleh orang ramai dan dengan ke­ada­an ekonomi sekarang yang sema­kin tidak menentu, jadi ini sa­lah satu alternatif bagi pengguna.

“Zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin berkembang dan permintaan terhadap gajet juga semakin meningkat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengusaha komputer riba jenama Lenovo, Muhammad Amirul Naji Mat Jamil berkata, kedainya bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan terkini malah pembeli akan turut menikmati barangan percuma.

“Bermula tahun hadapan, pihak kami akan terus meletakkan harga yang terendah walaupun ada cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kedai kami juga menawarkan jaminan selama dua tahun bagi mana-mana produk berbanding peniaga di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Cawangan Red ONE Network Sdn. Bhd. (Red One), Syamsul Nizar Jamaluddin, bagi promosi pelan pasca bayar, pihaknya menawarkan pilihan komitmen serendah RM8 sebulan.

Katanya, pengguna yang disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi lain juga dibenarkan memohon pelan berkenaan.

Kakitangan CMT Taqwa Resour­ces Sdn. Bhd., Muhammad Shahrul Idlan, pula berkata, pihaknya akan menganjurkan karnival selama se­minggu bermula esok dan antara tarikan yang bakal menjadi tumpuan adalah permainan bola sepak secara maya.

“Karnival ini merupakan satu ini­siatif yang terbaik untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang dunia teknologi.

“Kami juga menawarkan harga istimewa bagi golongan mahasiswa yang ingin memiliki komputer ri­ba,” katanya. - Utusan

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top