Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DEMO LAGI? PAN Perguna Sentimen Rakyat Hasut Berdemo!!!


Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta yang menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga tol dan barangan, #ShutdownSungaiBesi yang akan diadakan di Tol Sungai Besi di sini, bermula jam 9 malam esok.
Mana-mana individu yang menyertai perhimpunan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, berkata tindakan itu sejajar dengan larangan polis yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, perhimpunan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius dan mengganggu ketenteraman awam kerana banyak kenderaan akan melalui laluan terbabit menuju ke pusat bandar raya ini sempena ambang tahun baru.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan ini kerana bukan sahaja tidak mendapat kelulusan polis, malah menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Sebelum ini,, sebuah portal berita dalam talian menyiarkan sayap pemuda Parti Amanah Negara (PAN) akan menganjurkan perhimpunan #ShutdownJalanDuta di Plaza Tol Jalan Duta esok bagi membantah kenaikan harga tol dan barangan.

Bagaimanapun, lokasi perhimpunan terbabit ditukar ke Plaza Tol Sungai Besi sekali gus mengubah nama perhimpunan itu kepada #ShutdownSungaiBesi.
Share this article

2 Komen:

  1. #shitdowntanahtambakharamPP

    BalasPadam
  2. harga barang bukan boleh diturunkan dgn demo lah bahalol.. selagi ada org mampu beli selagi itulah harga bukan satu masalah.. sebenarnya selagi msia ni tak jd mcm arab spring babi2 ni semua tak puas hati.. mrk2 ni semua adalah ajen amerika yg nak tgk bumi msia ini bergolak maka ditimbulkan pelbagai isu yg blh membuatkan rakyat marah dan memberontak.. hoi tolol2 semua msia ni susah2 pun masih cukup makan pakai smpi org luar pun dtg cari rezeki kat sini.. zaman susah yg sebenar ialah zaman rejim mahathir waktu tu kalau kau berani hasut rakyat jwbnya mmg cari nahaslah walaupun waktu itu gaji kerani bank hanya RM550 sbln utk hidup di KL mmg mati kebulurlah jwbnya, byr sewa katil dan locker shj pun dah RM150 campur mkn minum kos2 lain setiap bln mmg tak cukuplah tp waktu tu sapa berani bersuara nak beli kereta riba pun smpi 11%.. apa yg sebenarnya mrk ni bkn susah pun sbb org yg betul2 susah tak da masa pun nak demo2 ni lbh baik mrk cari duit, babi2 ni poyo je lebih konon nak bela rakyat tp mrk juga adalah penyamun.. yg senang ialah mrk dgn keluarga mrk.. jika adalah rakyat yg percaya dgn tukar kerajaan hidup akan lebih senang sesungguhnya dia adalah manusia yg paling bodoh diatas muka bumi ni.. hidup rakyat tetap sama malah silap hb maybe lbh susah sbb bagi pd org tolol utk memerintah.. se tolol2 umno memerintah msia jauh lbh baik dr indon, bangla, nepal dll yg rakyatnya terpaksa cari mkn kat sini..kalau di beri pd pemimpin yg berlagak pandai tp sebenarnya dia pun tolol juga sbb manusia itukan lemah. silap hb kita pulak yg terpaksa cari makan kat indon atau bangla..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top