Nuffnang

HINA SULTAN : Polis Johor Tahan Facebooker!!!


“Suspek yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas polis bertindak atas satu laporan yang dibuat seorang individu, 7 Disember lepas.

“Kata-kata lelaki itu (menerusi Facebook) sangat menghina institusi diraja kita dan perkara ini tidak boleh dibiarkan,” kata Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd kepada pemberita.
Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menghina institusi diraja negeri ini, menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Datuk Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Larkin Jaya, di sini, pada 3.30 pagi, semalam, oleh pasukan khas yang ditubuhkan polis.

Beliau berkata polis turut merampas satu telefon bimbit daripada lelaki berkenaan dan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Wan Ahmad Najmuddin berkata semakan rekod jenayah mendapati dia mempunyai rekod lampau pada Oktober lepas atas kesalahan memeras ugut.

Suspek kini direman empat hari sehingga Selasa ini dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali. — Bernama
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top