Tindakan pemegang kosensi tol lebuh raya mengumumkan kenaikan harga tol yang naik secara mendadak dan tinggi merupakan satu tindakan tidak masuk akal. Ia akan meningkatkan kos sara hidup dan menjejaskan keselesaan rakyat ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.
Menurut Bernama, kenaikan bermula 15 Oktober 2015 tersebut memababitkan:
i. Terowong SMART naik kepada RM3.
ii. Tol naik antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
iii. Kadar tol di Lebuhraya Maju (MEX) naik antara 20 sen dan RM3.
iv. Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK naik antara 30 sen dan RM3 mulai 15 Okt.
iv. kadar plaza tol Putrajaya dan Salak Selatan naik antara 20 sen dan RM3 mulai 15 Okt – MEX
v. Lebuhraya Kajang-Silk naik antara 40 sen dan RM2.40.
Kesemua pengumuman ini dibuat oleh pemegang kosensi lebuh raya terbabit secara bersendirian.
Pengumuman ringkas tanpa perincian ini turut mengelirukan pengguna. Misalnya, kadar tol Kuala Lumpur – Putrajaya diumumkan naik antara 20 sen sehingga RM 3.00.
Pada masa ini kadar tol sepenuhnya sehala dari Putrajaya ke Kuala Lumpur ialah RM RM 4.00. (RM 2.50 dan RM 1.50) Apakah dengan pengumuman ini ia akan menjadi RM 7.00 untuk perjalanan sejauh 26 KM itu? Ia bukan sahaja tidak masuk akal, malah sudah ke tahap cuba menindas pengguna.
Kerajaan perlu mengkaji semula tindakan membenarkan pihak pemegang kosensi memutuskan sendiri kenaikan harga tol terbabit kerana ia bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan.
Elok juga mereka ini dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 kerana cuba mensabotaj ekonomi negara dan mencetuskan kemarahan awam terhadap kerajaan.
Kerajaan tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kroni-kroni dulu yang cuba mensabotaj ekonomi negara dan pentadbiran kerajaan hari ini. Rampas sahaja semua lebuh raya ini dan milik negarakan. Tangkap semua pemegang konsesi yang berkeras mahu mempertahankan perjanjian berat sebelah ini.
- SUMBER
Kroni2 cilaka mamak kimak pengkhianat!
BalasPadamOi oi bangun kelaut kita.... Kita tengak penyu telor..kah kah
BalasPadam