Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BONGKAR!!! Rahsia Di Sebalik Kenaikan Kadar Tol!!!


Rahsia Sebalik Kenaikan Kadar Tol  Selangor yg perlu kita ketahui ;

Isu kenaikan harga tol bermula Khamis ini terus menerus mendapat reaksi pelbagai drp banyak pihak. Rata-ratanya memberi komen menghentam kerajaan kerana kenaikan ini dan ada yang mendakwa kerajaan memungkiri janji diatas kenaikan tol ini. 

Spt kebiasaan Cybertroopers upahan PR terus memainkan peranan dlm media sosial utk dijadikan isu memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat. 

Namun begitu, berapa ramai diantara kita menyedari, kenaikan harga tol ini hanya melibatkan tol di kawasan Selangor sahaja? Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) awal-awal lagi menafikan mereka turut terlibat dalam kenaikan ini walaupun kebanyakan jaringan lebuhraya PLUS ada di bumi Selangor.

Harus di ingat bahawa PLUS merupakan salah satu GLC milik kerajaan yang diuruskan berbeza dengan jaringan lebuhraya yang lain. Berikut adalah beberapa lebuhraya yang terdapat di bumi Selangor hari ini

1. Lebuhraya Pantai Baru (NPE),
2. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
3. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) ,
4. Lebuhraya Sprint,
5. Lebuhraya Shah Alam (KESAS) ,
6. Lebuhraya Maju Expressway (MEX) ,
7. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) ,
8. Terowong SMART,
9. Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK).

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan negeri Selangor adalah pemegang saham bagi beberapa konsesi lebuhraya ini melalui syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor. Berikut adalah beberapa butir pemegang saham didalam konsesi lebuhraya berkenaan. Cuma peratusan pemilikan saham mereka sahaja yang masih belum terdedah bahkan kepimpinan PR ada yg memegang jawatan "Board Director" dlm beberapa konsesi ini.

1. New Pantai Expressway (NPE) sebelum ini menyaksikan kutipan tol di Kampung Medan telahpun dihapuskan. Ini menjadikan penduduk di kawasan sekitar tidak perlu lagi membayar tol setiap kali melalui jalan berkenaan terutamanya bagi mereka yang bekerja di kawasan sekitar Subang, Shah Alam dan Klang. Untuk ini, pemegang saham utama NPE adalah syarikat IJM.

2. Lebuhraya Grand Saga

Kerajaan pusat dalam satu pengumumannya telah mengurangkan kadar tol kepada 50% drp kadar yang dicas sebelum ini. Saham Grand Saga kini dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Kumpulan Permodalan Selangor dan Menteri Besar Incorpration yg mana Azmin Ali sbg MB Selangor cuba mengalihkan segala aset-aset ini melalui Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yg mana segala hasilnya akan masuk terus ke kantung MB!

3. Lebuhraya KESAS

Pemegang utama saham didalam KESAS adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan sehingga hari ini belum ada ura-ura mahu menurunkan kadar tol yang dikenakan.

4. Lebuhraya SPRINT

Kumpulan Permodalan Selangor adalah diantara Pemegang Saham bagi lebuhraya ini. Sama seperti KESAS, sehingga kini masih belum ada ura-ura untuk menurunkan kadar tol.

Ini adalah sebahagian daripada pemegang saham utama di setiap lebuhraya yang menaikkan kadar tol di negeri Selangor. Tidak seperti PLUS, semua lebuhraya diatas adalah dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor dimana kebanyakan urusan samada turun mahupun naik diuruskan oleh kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Ini diluar daripada kuasa kerajaan pusat seperti yang didakwa ramai pihak sebelum ini. Andai ini adalah arahan kerajaan pusat, kenapa lebuhraya yang lain tidak turut sama menaikkan kadar tol mereka seperti PLUS dan lain-lain lagi?

Masalah kenaikan kadar tol ini hanya melibatkan konsesi tol yang berada hanya di dalam bumi Selangor sahaja yang mana majoritinya konsesi-konsesi tol ini dimiliki oleh kerajaan negeri melalui perolehan royalti yang akhirnya masuk ke kantung poket kerajaan negeri Selangor melalui penguasaan parti DAP.

Maknanya bukan semua tol terlibat melainkan HANYA TOL DALAM BUMI SELANGOR YG DI KUASAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR dan tidak ada sebarang kenaikan tol di jaluran lebuhraya-lebuhraya yang lain diluar negeri. PR bermain dgn politik yg mana segala kenaikan ini akan disalahkan kpd pentadbiran Pusat walhal yg sebenarnya cuba menaikkan tol adalah Azmin Ali! #grp
Share this article

1 Komen:

  1. Kepada pengundi di selangor yang mengundi Parti Pembangkang......mari kita mari kita......tepuk tangan sama2....lah ...lah....lah..lah....lain kali undi mereka lagi.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top