Nuffnang

PANASSS!!! ADUN DAP Gelar Kepimpinan DAP Seperti "Rumah Gila Soviet"


JOHOR BAHRU, Rabu – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Negeri setelah 20 tahun berkhidmat, sehari selepas penyingkirannya daripada Jawatankuasa DAP Johor.

Sambil menyifatkan kepemimpinan parti sekarang sebagai ‘rumah gila Soviet”, dia menuduh mereka tidak mampu bertolak ansur dengan pandangan yang bertentangan dengan pendirian parti.

“Saya akui bahawa ia adalah satu kesilapan terbesar saya untuk membuka pintu Johor kepada jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya umum lepas.

“Ianya menghinakan kerana pengkhianat-pengkhianat ini telah lupa akan usaha saya selama ini yang telah mengembangkan parti ini daripada peringkat akar umbi.

“Saya tidak meminta ucapan terima kasih tetapi mereka tidak perlu membunuh karakter saya. Lebih teruk lagi, pengkhianat ini adalah sekutu rapat saya suatu masa dahulu, ” katanya di pejabatnya di Skudai di sini, kelmarin.

Gejala ‘tikam belakang’ dalam DAP telah bermula sejak pilihan raya pada 2013.

“Saya telah diperli, terutama oleh pemimpin yang lebih muda dan diketepikan ketika acara dan aktiviti DAP di sini selama lebih dua tahun yang lalu,” kata Dr Boo, sambil mendakwa ada arahan bertulis terhadapnya supaya dia dilarang daripada menyertai mana-mana acara dan hal ehwal dalam kawasan pilihan raya yang lain.

“Malah mereka yang menjemput saya kadang-kadang diberikan amaran keras,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top