
MH370 : Filipina Sahkan Tiada Bangkai Pesawat - KPN

"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.
Pihak berkuasa Filipina mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu.
Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di balai polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas. – Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

kesilapan penggunaan kad kredit yang ramai orang b...

smk panggung jaya tempat pertama program anjuran t...

so apa sudah jadi malaysia

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....