Nuffnang

1MDB : Justo Kemuka Bukti Baru, AG Tempelak Zeti Aziz?


Semakin meroyan, semakin keliru tetapi tambah menarik plot cerita mengenai 1MDB ini. Kini, apa yang ditakuti oleh golongan tersebut, semakin mewujudkan stigma dan fobia yang keterlaluan.

Xavier Justo telah menfailkan rayuan bagi meringankan hukumannya di mahkamah di Thailand hari ini. Menurutnya, dia wajar menerima hukuman yang lebih ringan memandangkan dia bukanlah orangnya yang telah meminda dokumen-dokumen yang didedahkan oleh beberapa pihak sebelum ini untuk menfitnah Najib Abdul Razak dan 1MDB.

Untuk menyokong dakwaannya itu, Justo telah menyerahkan dokumen setebal 59 muka surat sebagai bukti wujudnya pindaan dan perubahan oleh pihak terbabit.


Melihat kepada kesungguhan pihak-pihak tertentu di Malaysia yang sekarang ini sedang mempergiatkan usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri sehingga terpaksa menggunakan isu kenaikan kadar tol yang mana mereka sendiri terlibat dalam membuat keputusan memberikan keistimewaan tersebut kepada kaum kroni, ramai yang sudah dapat menjangkakan bahawa ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi yang sedang menjalani hukuman penjara 3 tahun kerana peras ugut bekas majikannya di Thailand.

Transkrip perbualan WhatsApp antara Justo dengan pemain utamanya, Claire Rewcastle-Brown yang juga mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, selain pengakuan bertulisnya setebal 11 mukasurat, sudah tentulah memanaskan banyak pihak terutama sekali pihak yang terlibat secara langsung menggunkan data-data curi daripada Xavier Justo untuk tujuan mensabotaj ekonomi negara dan mewujudkan ketidakstabilan politik Malaysia bagi menjaga periuk belanga kaum kroni yang terjejas, ekoran dasar Najib yang enggan tunduk kepada tuntutan kapitalis yang dicipta selama lebih 22 tahun.

Justo sudah tentu sedar, bahawa penjara di Thailand bukanlah sebuah tempat yang selesa. Justeru, tidak mungkin dia berani untuk berbohong dengan 59 muka surat bukti pindaan kerana dia tahu, hukuman yang menantinya sekiranya dia didapati berbohong adalah lebih berat.

Menurut peguam Xavier, Worrasit Piriyawiboon, 59 muka surat bukti wujudnya pindaan tersebut telah diserahkan kepada mahkamah dua hari sebelum berakhirnya tarikh rayuan. Antara alasan rayuan tersebut ialah, Justo tidak membuat sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang dicurinya daripada PetroSaudi International dan itu merupakan kesalahannya yang pertama.

Worrasit berkata, sebarang kerosakan pada imej Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pihak ketiga yang telah meminda dan menggubah dokumen yang mereka telah terima daripada Justo.

Menurutnya lagi, Justo tidak terlibat dalam pemalsuan dan pindaan pada dokumen-dokumen terbabit.

"Mereka yang telah melakukan pindaan pada dokumen-dokumen itu yang perlu dipertanggungjawab dan berhadapan dengan tindakan undang-undang," kata Worrasit kepada BERNAMA selepas menfailkan rayuan Justo hari ini.

Worrasit berkata, pada pandangannya, peranan Justo di dalam kes itu tidaklah serius berbanding perbuatan meminda dan memalsukan dokumen tersebut oleh pihak ketiga.


KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN KEPUTUSAN UNTUK MENUTUP SIASATAN BANK NEGARA MALAYSIA TERHADAP 1MDB
Kesalahan yang didakwa telah disiasat oleh Bank Negara Malaysia mengikut perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual 5 Akta Kawalan Tukaran 1953 iaitu dengan sengaja atau dengan melulu membuat kenyataan yang palsu. Pendek kata kenyataan yang dibuat haruslah palsu dan bahan yang berkaitan dengan hal berkenaan iaitu maklumat yang diminta oleh Bank Negara Malaysia untuk permohonan penghantaran wang dilakukan dan maklum balas berkenaan maklumat seperti yang diminta oleh Bank Negara Malaysia.
1MDB mendapat tiga kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk membuat pemindahan wang, iaitu pada,
(1) 29 September 2009,
(2) 6 September 2010, dan
(3) 20 Mei 2011.
Ia menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia tidak mengambil lebih daripada tiga hari untuk memberi kebenaran berhubung pemindahan wang tersebut.
Ia juga menyatakan bahawa borang permohonan ECM yang berkaitan iaitu borang 09A dan borang 06B tidak memerlukan pemohon untuk memberi nama penerima atau akaun nombor bank dan cara bagaimana wang itu disalurkan.
Apabila 1MDB meminta Deutsche Bank (Malaysia) Berhad untuk membuat kiriman wang ke akaun lain, Deutsche Bank (Malaysia) Berhad meminta penjelasan daripada Bank Negara Malaysia dan Bank Negara Malaysia bertindak balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) Berhad yang ia merupakan keputusan berkaitan perniagaan selagi ia tidak terpesong dari matlamat asal dan tiada persoalan yang dikemukan oleh Bank Negara Malaysia pada masa itu.
Bank Negara Malaysia sebagai pengawal aliran wang tidak menghalang proses pemindahan wang atau mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) Berhad untuk menasihati 1MDB agar hadir ke Bank Negara Malaysia dan melakukan semakan semula berkenaan dengan pemindahan wang tersebut. Jelas tidak ada maklumat atau maklumat lanjut seperti yang diminta oleh Bank Negara Malaysia pada masa berkenaan. 1MDB memegang tanggungnawab untuk menyediakan sebarang keperluan untuk proses pemindahan tersebut.
Borang-borang yang berkaitan dengan proses pemindahan wang dalam kes ini tidak mewajibkan pemohon untuk menyatakan nombor akaun bank dan nama penerima yang sama seperti dalam pemindahan wang biasa yang akan membolehkan Bank Negara Malaysia mengetahui ke mana dana itu telah disalurkan. Oleh kerana tiada keperluan untuk melakukan yang sedemikian, tindakan beberapa pegawai 1MDB berkenaan tidak menjadi satu kesalahan di bawah Akta.
1MDB lebih memberi perhatian terhadap keperluan pihak mereka untuk melengkapkan borang-borang berkenaan dan menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh Bank Negara Malaysia. Jika Bank Negara Malaysia tidak meminta maklumat tertentu atau khusus bagaimana boleh 1MDB disalahkan kerana ia telah mengisi borang yang diperlukan dan memberi maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat.
Pegawai rasmi 1MDB yang terlibat sepanjang proses untuk mendapatkan kebenaran telah mematuhi arahan yang diberikan. Oleh yang demikian, pihak BNM telah meluluskan kebenaran tersebut. Sehingga bukti baru mengenai kesalahan yang didakwa diperolehi, sehingga itu pegawai-pegawai berkenaan tidak bersalah.
Bank Negara Malaysia bagaimanapun melalui suratnya bertarikh 1 Oktober 2015 meminta untuk dibuat semakan semula keputusan itu memetik kesalahan di pihak 1MDB iaitu tidak mendedahkan maklumat tertentu. Setakat yang bersangkutan, tidak ada kewajipan untuk dimaklumkan mengenai sesuatu maklumat itu kecuali diminta. Atas sebab ini dan hakikat bahawa tidak ada bukti baru yang disediakan, pihak kami tidak melihat sebarang keperluan untuk mengkaji semula dakwaan tersebut.
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA13 Oktober 2015

Sebelum ini, Zeti cuba tunjuk power untuk arah 1MDB bawa balik wang yang diluluskan pada tahun 2009-11. Rupanya Zeti telah salahguna kuasa untuk tidak ikut bidang kuasa menurut undang-undang. Baca berikut:


Menteri tak beri kelulusan maka atas asas apa Zeti nak arah-arah. Nampak jelas Zeti seolah-olah mahu gagalkan usaha rasionalisasi 1MDB... sama dengan tujuan Tony Pua.

Nampak sangat Zeti salahguna kuasa. Dulu Anwar kena pasal salahguna kuasa. Kali ini Zeti tak kot
Share this article

1 Komen:

  1. Isu utama sekarang ini adalah ke manakah dan apakah yang dah terjadi dengan wang USD 1.83 bilion yang diminta oleh Bank Negara supaya 1MDB bawa balik wang itu?

    Apakah wang itu masih wang tunai atau dah bertransformasi menjadi aset lepas tu bertransformasi lagi menjadi unit atau sebenarnya dah jadi habuk sahajalah?

    Saya tak tahulah apakah Apandi yang kononnya peguam negara tu faham atau tidak dengan isu utama iaitu di manakah dan apakah yang terjadi dengan wang USD 1.83 bilion itu, bukannya pasal borang bagai tu.

    Rakyat nak tahu apa dah jadi dengan wang itu, pusing sana sini pun tak guna, mana dia wang itu, sila tunjukkan bukti!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top