Nampaknya Tun Mahathir telah memasuki fasa baru dalam serangannya ke atas DS Najib Razak. Terkini, Tun M telah mengetuai sesi sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dalam usaha menekan Perdana Menteri untuk membebaskan 2 individu penting (orang kanan Tun) yang ditahan di bawah SOSMA iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan.
Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.
Lebih mengejutkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.
Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga hadir.
Antara kandungan Sidang Media :
Tun M : kecam kerajaan salah guna kuasa tahan Khairuddin/Mathias Chang bawah SOSMA. Kerajaan perlu bertindak membebaskan mereka.
TSMY : Saya yakin apa yang disebutkan oleh Tun M. Walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti ia tak halang saya terutama melibatkan kepentingan rakyat.
Dalam perkembangan lain, Peguam Matthias Chang dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan cubaan mensabotaj ekonomi, sistem kewangan dan perbankan Malaysia.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Perancis, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura di antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.
Tiada pengakuan direkodkan ketika kedua-duanya didakwa di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin kerana hakim tiada bidang kuasa mendengar kes berkenaan memandangkan ia kesalahan keselamatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Porahh! masa dia dulu berapa ramai yang dia tahan bawah ISA. Ada sapa-sapa berani buat sidang tergempar. Dia bukan guna pisau, parang atau bom, dia cuma guna ISA.
BalasPadamJika tidak kerana ISA masakan dia boleh perintah sampai 20 tahun. Ini buka negarawan tapi NAGArawan. Berapa banyak taukeh Cina yang dia bela dah jadi kaya raya disebalik DEB. Porahh!
banyak betol traffic.. camno daapt kongsi mai ler der.. http://www.pingje.org/out/polis-evo-full-movie-2/
BalasPadam