Nuffnang

SAH!!! Mayat Hidup UMNO Saifuddin Sertai PKR Elak Dipecat!!!


PETALING JAYA, Khamis – Sudah sah! Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, menyertai PKR, hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Setiausaha Agung, Rafizi Ramli.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah sebentar tadi mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu. 


Menurut Wan Azizah, penyertaan Saifuddin akan mengukuhkan lagi rumpun parti tersebut, selain menguatkan perjuangan rakyat di negara ini.

"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda negara hari ini mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian untuk menyertai gerakan yang menerajui perubahan.

"Kecelaruan kepimpinan telah menyebabkan ramai pemimpin Umno dan parti komponen BN hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan," katanya ketika sidang media berlangsung pada hari ini.

Saifuddin sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Menurut Wan Azizah lagi, kehadiran Saifuddin akan memberi kelebihan kepada parti kerana beliau mempunyai jaringan yang kuat dengan NGO.

"Kami berasa gembira mengalukan penyertaan Saifuddin ke dalam keluarga besar kami. Penyertaan beliau sudah tentu akan memperkukuhkan usaha kami untuk menggembleng perpaduan dan kekuatan rakyat demi perubahan dan pembaharuan.

"Saya juga yakin beliau akan dapat memainkan peranan strategik dalam Pakatan Harapan untuk memastikan gabungan baharu ini menumpukan kepada gagasan idea baharu untuk ditawarkan kepada rakyat," katanya lagi.


Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebelum ini turut menimbulkan kontroversi apabila menghadiri mesyuarat meja bulat yang diadakan PKR untuk membincangkan penubuhan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat. 

Beliau menyatakan menghadiri mesyuarat berkenaan atas kapasiti sebagai Pengerusi Akademi Belia. Sususlan itu, bekas Ahli Parlimen Temerloh, Pahang itu turut menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO berhubung perkara itu.


Sebelum ini, Perdana Menteri DS Najib Razak telah didesak untuk memecat Saifuddin yang dilihat lebih banyak merosakkan UMNO daripada membantu memperkuatkan parti itu.

BBNews : Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan..... Penyertaan Saifuddin ini mengesahkan status PKR sebagai parti kecewa ramai-ramai.... hahahaha...
Share this article

1 Komen:

  1. Patutnya dari dulu lagi, bukan sekarang. Bila bangkai dah keluar bau baru nak cabut. P.K.R. Parti Kutip Perosak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top