Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PENJILAT VS KATAK : Ibrahim Ali Belasah Mat Sabu Dan Saifuddin


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali lebih rela memfokuskan usaha memupuk nilai-nilai baik di kalangan generasi muda daripada menceburi bidang politik lagi. 

Bekas ahli Umno dalam memberitahu, ramai yang menggesa badan bukan kerajaan (NGO) bersayap kanan itu bertukar menjadi sebuah parti politik, namun beliau tidak nampak ada keperluan untuk berbuat demikian. 

“Untuk menjadi sebuah parti politik tidak mudah. Pertama, anda perlukan dana, wang. Kedua, saya rasa sudah ada banyak parti politik". 

“Jika Perkasa menjadi parti politik, saya tidak tahu siapa yang akan menggantikan saya. Saya harap Perkasa akan hidup lebih lama". 

“Jadi, apa yang penting sekarang ialah kita perlu program-program kesedaran, untuk menyemai elemen seperti tadbir urus yang baik, anti rasuah dan anti penyalahgunaan kuasa kepada generasi muda". 

“Dengan semua ini, kita tidak perlu parti-parti politik (baru), sebaliknya (kita perlukan) pemimpin-pemimpin baik,” katanya. 

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas yang ‘bencikan politik’ itu tidak menolak kemungkinan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai calon bebas, tanpa menyertai mana-mana parti politik. 

“Saya lihat parti-parti politik diketuai (orang-orang) hipokrit. “Ketika berada di politik, orang benci pada saya. Saya gembira tidak mempunyai skandal dan sebagainya. Itu sebabnya saya boleh menjerit, saya bukan oportunis". 

“Saya tidak kaya juga dan masih tinggal di Melawati, di rumah pemberian bapa mertua saya kepada anak perempuannya. Saya masih Ibrahim Ali yang dahulu". 

“Junior-junior saya hari ini mempunyai rumah-rumah bernilai RM5 hingga RM7 juta serta beberapa buah kereta. “Kereta saya sudah berusia 15 tahun. Jika saya ada wang, saya belanja untuk kawan-kawan,” katanya. 

Tambahnya, beliau tidak pernah mempunyai sebarang isu besar ketika berada dalam politik, kecuali melompat parti yang menyebabkan beliau digelar ‘katak’. 

“Tetapi, lihatlah berapa banyak katak yang ada sekarang. Saifuddin Nasution pernah menyertai PAS, Umno dan PKR". 

“Mat Sabu (Mohamad Sabu) pernah gelar saya katak juga, tetapi sekarang dia pun jadi katak. Mereka semua hipokrit,” ujarnya. 

Ibrahim berkata, beliau sudah berusia 64 tahun dan tidak mahu bersara dalam bidang politik. “Saya masih ada minat dan jika saya mahu bertanding pada pilihan raya, saya akan menjadi calon bebas. Tetapi, saya tidak boleh menyertai kumpulan ini,” katanya.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top