Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MISTERI : Bekas Timbalan Menteri Hilang Ditemui Selamat


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, yang dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy yang mengesahkan perkara itu berkata, Abdullah Fadzil ditemui oleh anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail pada jam 7.45 malam tadi.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, Isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah Al- Yahya, 58, ketika dihubungi pada jam 10 malam, berkata suaminya disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 11 pagi selepas beliau didapati keluar dari rumah berkenaan.

Ketika keluar, beliau memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.-BH
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top