Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SAMAN!!! Wan Azizah Diminta Pohon Maaf Atau Berdepan Tindakan!!!


Sungguh memalukan apabila ada pihak telah membuka pekung Wan Azizah yang didakwa telah berbohong tentang parti PSM. 

Kita sudah tahu perangai suami beliau yang berbohong dan juga Nurul Izzah, anak beliau yang mengaku berbohong dan menabur fitnah terhadap DS Raja Nong Chik, sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. 

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mungkin akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menjelaskan atau meminta maaf atas apa yang disampaikannya mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat Selasa lalu. 

Bekas Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata disebabkan dua ahli Parlimen iaitu Khalid Samad dan Dr Ong Kian Ming telah mengasingkan diri dari kenyataan mengapa PSM tidak dijemput dan dengan jelas menunding jari kepada Wan Azizah, maka adalah wajar beliau memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, PSM akan menghantar surat kepada Ketua Pembangkang dan berharap Wan Azizah dengan segera memperjelaskan apa yang dinyatakannya dalam rundingan berkenaan atau sekurang-kurangnya meminta maaf kepada parti tersebut.

“Sekiranya tiada penjelasan atau permohonan maaf dilakukan maka PSM mempunyai ‘option’ untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan kami sedang menelitinya tetapi belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Memang ketika ini ramai ahli marah dengan kenyataan berkenaan dan ada yang hendak membuat laporan polis tetapi pimpinan parti minta mereka bersabar dan memberi peluang terlebih dahulu kepada Wan Azizah dan PKR untuk memberi penjelasan beliau,” katanya lagi.

Arulchelvan berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Khalid dan Kian Ming semalam yang mengatakan bahawa mereka hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Wan Azizah kepada pihak media mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik anjuran PKR baru-baru ini.

Mereka mengatakan bahawa Wan Azizah memberitahu bahawa PSM tidak dijemput, kerana tidak bersetuju dengan Dasar Perjanjian Bersama, termasuk melibatkan Artikel 153 berhubung hak-hak keistimewaan Bumiputera dan parti berkenaan bukanlah anggota dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Namun begitu, PSM menafikan perkara berkenaan kerana parti berkenaan menerima dan menyokong Manifesto PR dan Buku Jingga dan langsung tidak mengetahui mengenai dakwaan bahawa PSM menolak hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti yang dinyatakan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata PSM perlu mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai punca parti itu tidak dijemput untuk menghadiri Perbincangan Meja Bulat, pada Selasa lalu. 

Katanya, beliau sebelum ini hanya menyampaikan kepada pihak media, apa yang diberitahu oleh Dr Wan Azizah kepada mereka yang hadir dalam rundingan berkenaan.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top