Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MESTI BACA!!! Blogger PR Dedah Penipuan Pakatan Di Selangor!!!


Kah...Kah..kah..... Ini bukan blogger UMNO yang tulis, tapi blogger PR yang dedahkan......Jom kita lihat apa yang blogger Amenoworld dedahkan.

Hmm....

Pakatan Rakyat ke?
Pakatan Harapan ke?
Aku pun tatau apa kat Selangor tu.

Sorry. Aku main sembur je letak Pakatan Rakyat memandangkan Azmin Ali pernah kata bahawa di Selangor masih PR. PH bukan.

So aku sebut aje la PR oke.

Viral di media sosial now. Isu toll. Dulu aku dah tunggu.

- Aku tunggu Zuraidah klip klap komen isu hutan simpan di Ampang tu. Apa kes kena musnah untuk buat toll. Makcik tue takde respon langsung. Diam je. Nak tunggu kak Lat lagi jangan ko harap. Dia bebel salahkan BN 24 jam lagi la ada walhal SELANGOR bawah PR.

Hihi.

- Azmin sebagai MB. Rafizi dan Tony sebagai peneraju utama perjatuh Khalid. Respon isu toll. Pun tarak juga. (Tony Pua remove tag berkaitan isu toll neh, aik, nak tanya pun dia takmao jawab, apa kes?)

- PAS. Konon pro rakyat. Keadilan. Ulas isu toll. Pun tarak juga. Tak kira la dari side AMANAH ke PAS ke apa ke. Memang haram ada.

Then aku duduk berfikir.

Pasal apa malaon2 pembangkang lebih kecoh isu DEIG?
Akhirnya aku nampak bayang-bayang.
Jangan-jangan isu DEIG sebab nak tekan Azmin kot.
Tekan Azmin agar bersekufu dengan PH.
Isu toll pula, lain citer.
Mungkin mereka menerima kebaikan secara kolektif.
Sama-sama 'makan' kot?

Hihi.

Oke. Ini penyebaran media sosial.

Baca sat ;

Sempena 1 tahun Azmin Ali menjadi menteri besar, beliau telah menghadiahkan rakyat selangor satu hadiah yang sangat berharga.

Lebuhraya EKVE sepanjang 24.16km , lebuhraya bertol bermula dari Bandar Sungai Long ke Ukay Perdana, membelah satu-satunya hutan simpan kawasan tadahan di Selangor, diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan beliau. Jajaran di Ukay Perdana membelah hutan simpan di bahagian belakang Empangan Klang Gates. 

Selain itu juga, lebuhraya ini dianugerahkan kepada syarikat kroni Umno-BN, AZRB, adakah Azmin bersekongkol dengan UMNO? Bagaimana dengan perjanjian konsensi tol tersebut? Berapa tahun? Berapakah bayaran tol yang dikenakan? 

Terdapat lima persimpangan bertol iaitu di Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Ukay Perdana dan Sungai Long, ini bertentangan dengan polisi Pakatan yang tercatit dalam buku jingga yang tidak menyokong tol.

Projek ini sudahpun bermula, apa lagi yang boleh rakyat lakukan? Dahulunya rakyat bergantung harap pada pakatan, nampaknya harapan itu cuma janji-janji kosong. Mereka membatalkan Kidex, tetapi meluluskan EKVE pada masa yang sama. Kesan EKVE lebih 10 kali teruknya dari KIDEX kerana lebuhraya ini merosakkan ekosistem dan hutan simpan yang berusia jutaan tahun!

Yang paling pelik, MP Pakatan yang paling banyak bising mengenai Kidex: Tony Pua dan Rafizi Ramli tidak langsung berbunyi pasal EKVE ini!




Apa kata anda?

Arafas Borjuis Kecil:

"Baru aku tau awat Klang Valley manyak sangat highway bertoll. Sebab pentadbiran negeri toya juga macam bn" 

Azrul Azwar Ahmad Tajudin:

"EKVE is not a tolled expressway project mehh? Jadi apa beza EKVE dengan KIDEX? Para panglima "Say No To KIDEX" dah jadi tikus ker?"

Ronasina Fandi:

"Punai punai yang protes pembinaan lebuhraya KIDEX dulu mati pucuk hari ini bila diam dengan pembinaan lebuhraya EKVE. Jelaslah dalam politik bukan soal betul atau salah, tetapi kem mana yang buat..Kem lain buat itu salah, kem kita buat benda yang sama tak apa. Punai punai yang pengecut dan diperbudakkan!"

Siti Kasim :

"dia orang politikus ni semuanya sama ajer... menyampah!!"


"Pakatan got rid of Khalid so that they could do stuff like this?"


"Dah macam taikkk dah bila tengok muka MB sekarang.


"Lepas siap lebuh raya ni.. hutan keliling confirm akan ditebang lagi utk bangunkan perumahan"


"Hahahahaha..
2x5 je mana mana"


"BN buat tol. PKR pun buat tol jugak.
PUNDAK!"


"Siapa cakap Pakatan tak makan???"


"Salah satu sbb knp aku nk Pas mnjadi pembangkang dkt slgr supaya benda2 mengarut mcm ni mndpt perhatian. Antara sbb knp kita x perlukan highway ekve ini:

1. Ada 5 biji tol.
2. Merosakkan satu2nya kaw tadahan hujan di lembah klang.
3. Apabila ekve siap, lbh bnyk kawa htn yg akn dikorbankan atas nama pembangunan sprt kaw perumahan baru, industrial dsb.
4. Banjir kilat di lembah klang akn mnjd lbh buruk. Mgkn kn buat next smart tunnel?"


" EKVE most serious issue is water catchment area will be damage." 
------------------------



Mostly, yang dok area KL/SELANGOR la yang protest tu. Laluan depa kan.

Aku tak berapa faham sangat isu kelulusan, protokol dan peranan kerajaan negeri kat sini sebetulnya. Takde perbahasan langsung jadi rakyat tertanya-tanya juga angkara siapa. TETAPI, bila kerajaan negeri diam tanpa protes, bantahan dan bising-bising macam selalu, indirectly Selangor beri gambaran, mereka bersetuju. So itu yang aku anggap. Dan aku percaya, mostly ramai beranggapan begitu dan obviously, rakyat kecewa dengan pembangang-pembangang negara neh. 

Tambahan 5 toll?

YOU MUST BE CRAZY.

Manifesto kata hapus tol. Rafizi siap buat video hapus tol.
Last2 5 toll baru di Selangor?
Madafaka.

Kat media now. Isu hangat. Kes Anwar. Kes gaduh PAS-AMANAH. Kes gaduh DAP-UMNO. Kes gaduh DAP-KHUTBAH JUMAAT. Kes kecoh MERAH-DSWA. Kes kutuk TGGH, PAS - PH. Kes kutuk Najib. Kes pertahankan Najib.

Takde ke puak2 pembangkang (baca : pembangang) neh nak ulas isu toll di Selangor?

Korang jangan macam-macam.

Jangan sampai kaki marhaen naik kat muka korang.

Masa tue pembangkang ke kerajaan ke pasti akan menyesal kalau rakyat menjadi anarki.

Anarki is king.
Anarki is legend.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top