Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERTUDUNG : Ia Hanya Pakaian Arab - Tunku Temenggong Johor


Oppss.....nak komen lebih-lebih nanti dikata derhaka. Tapi, raja-raja Melayu kan ketua agama. Nak cakap, nak jawab biarlah betul faktanya lebih-lebih lagi perkara berkaitan hukum agama. Barulah hormat dan sanjungan rakyat tidak berbeda untuk raja dan sultan.

Memetik laporan dari MStar :

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya. 

Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat. 

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," kata Tunku Idris. 

Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung. Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan. 

"Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" soal Tunku Idris. 

Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.

Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir. 

"Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya. Siapalah kita untuk menghakimi," kata Tunku Idris. 

-mstar-
Share this article

4 Komen:

  1. Apa nak jadi dgn org islam sekarang ni....

    Kalau tak nak pakai tudung, bagilah alsan lain...contohnya" saya tahu menutup aurat wajib, tapi ...."

    Dengan memberi alasan pakai tudung adalah budaya arab untuk mengelak dari debu dan pasir adalah keterlaluan...

    Semoga Allah beri mereka ini taufik daa hidayahnya.... aminnn

    BalasPadam
  2. Atas dunia ada tunku, ada tuanku, ada raja dan ada syed/sheikh, tapi dialam akhirat ada orang yang beriman dan tak beriman saja, fikir2kan lah. Hukum ALLAH bukan utk kita tafsir sendiri!

    BalasPadam
  3. Darah diraja paling gampang..tuiii

    BalasPadam
  4. Hhhmmpphh... entahla...!! Walhal perintah menutup aurat itu datangnya dari Allah s.w.t dan bukannya fesyen dari negara Arab... dan ia tidak terkecuali kepada orang awam mau pun kaum kerabat di Raja... kerana kita ni semuanya sama tiada beda di sisi Allah s.w.t kecuali orang-orang yang bertaqwa...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top