Nuffnang

IMEJ TERJEJAS : SPRM Terus Dapat Sokongan


Walaupun diselubungi dengan pelbagai kes yang menjejaskan imejnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terbaru daripada Jawatankuasa Aduan.

Pengerusi Jawatankuasa Aduan, Tan Sri Wilson Baya Dandot menegaskan, SPRM perlu ruang untuk melaksanakan fungsinya sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional.

“Kami tetap berdiri teguh di belakang SPRM dan menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh SPRM sebagai sebuah agensi penguat kuasa undang-undang antirasuah yang bebas, telus dan profesional.

“Kami juga akan terus berusaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat dan memastikan pegawainya dapat melaksanakan tugas membanteras jenayah rasuah dengan efektif dan komited,” kata Wilson.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Laporan Tahunan Jawatankuasa Aduan 2014 di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya di sini.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan laporan tahunan berkenaan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top