Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

POLIS EVO : Zizan Akur Dengan Nasihat Bukit Aman


Pelawak, pelakon dan pengacara popular tanah air, Mohd Razizan Abdul Razak atau  Zizan Razak menghormati nasihat Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  Bukit Aman agar watak Inspektor Sani dilakonkan dengan lebih serius dan tidak cenderung ke arah komedi.

Walaupun genre filem terbaru lakonannya berjudul Polis Evo bersandarkan aksi komedi namun pelakon ini akur dengan nasihat itu.

Polis Evo yang memasuki pawagam minggu ini, beri peluang Zizan memegang watak Inspektor Sani bergandingan dengan pelakon popular Shamheizy Sam yang memegang watak Inspektor Khai beraksi di bawah bimbingan julung kali filem arahan Ghaz Abu Bakar.

“Saya turut dinasihatkan oleh pihak Bukit Aman supaya tidak menonjolkan elemen komedi dalam lakonan demi menjaga kredibiliti status Inspektor dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.       

“Watak saya kali ini lebih serius  kerana mengikut kehendak PDRM dan Bukit Aman yang tidak mahu watak Inspektor Sani cenderung ke arah komedi.

Jadi perlu menghormati status dan kredbiliti pihak Polis di Malaysia,” kata Zizan selepas tayangan filem ini kepada media.

Tambah hos TV program Akademi Fantasia musim 2015 bersama penyampai radio Faizal Ismail ini lagi, dia selesa bekerja dengan Ghaz kerana boleh berbincang dan bertukar-tukar pandangan.

“Saya selesa bekerja dengan Ghaz kerana kami saling berbincang, menghormati dan boleh bertukar pandangan antara satu sama lain.

“Ghaz memberi ruang saya melakonkan karakter dengan cara sendiri dan kerjasama kami berjalan lancar. Saya yakin penonton akan menyukai genre aksi komedi Polis Evo dan membanjiri pawagam menonton filem ini,“ kata Zizan.

Dalam pada itu Zizan yang sering menerima pelbagai tuduhan, antaranya artis kasanova, isu putus cinta, lari daripada media, kena saman, sampailah cerita jadi atau tidak dia berkahwin, umpama sudah sebati dengan kontroversi sepanjang sembilan tahun berada dalam industri hiburan tempatan.

Menyentuh dialog loghat Terengganu, menurut Zizan dia perlu berhati-hati dengan setiap dialog yang dituturkan supaya mudah difahami oleh mereka yang menonton kelak.

“Ini merupakan filem saya menggunakan loghat Terengganu 100 peratus. Pada mulanya agak kekok kerana selalunya saya hanya bercakap dengan loghat yang lebih ‘sempoi’.

“Tetapi dalam Polis Evo saya lebih berhati-hati  ketika bertutur  supaya memudahkan penonton memahami dialog yang disampaikan.

“Bagi saya,  filem itu mencapai tahap antarabangsa seperti karya aksi pernah dihasilkan penggiat filem Hong Kong dan Taiwan.

“Saya banyak tontonan filem-filem polis yang popular seperti Bad Boys, 22 Jump Street, Sha Po Lang dan banyak lagi untuk memudahkan saya mendalami watak sebagai Inspektor Sani.

“Sebagai pelakon, saya dan Sam saling membantu dan nampaknya berjaya mewujudkan keserasian untuk watak masing-masing,” katanya.

Zizan, 31, baru-baru ini   menjadi artis pertama di negara ini membuka rangkaian kedai serbaneka 24 jam, menerusi syarikat miliknya, Zizan Group  melancarkan pembukaan kedai serbaneka sulungnya, Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, Kota Bahru, Kelantan.

“Setakat ini, lebih seminggu beroperasi, sambutannya baik. Bukan itu saja, sudah ada yang berminat untuk membuka francais ZizanMart.  Apapun, ini perkembangan yang sangat positif.

“Selepas ini saya sasarkan pembukaan seterusnya di Terengganu pula,” katanya optimis mengembangkan perniagaan kedai serbanekanya ke seluruh Malaysia.

Terbaru Zizan akan membintangi telefilem, Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera juga arahan Ghaz Abu Bakar.

Mengenai pembabitannya dalam nyanyian, Zizan berkata dia masih ligat menyanyi dan kini dalam proses pemilihan lagu.

“Saya suka menyanyi dan jika ada peluang pasti akan mencuba. Buat masa ini, saya suka menyanyi rap kerana sesuai dengan jiwa.

“Apapun, kini fokus saya lebih kepada mengacara AF 2015 kerana enggan terikat dengan komitmen bidang kerja lain.

“Kini saya selesa memberikan fokus terhadap satu-satu kerja demi menjaga kualiti. Saya tidak mahu terkejar-kejar ke sana sini,” katanya yang sentiasa yakin dengan rezeki ditetapkan Tuhan.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top