Nuffnang

TERSIRAT :Cemburukah Tun Mahathir Pada Najib Razak?


1. Pada masa ini, selain pemimpin pembangkang, juga pemimpin veteran yang diketuai Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad melakukan berbagai cara bagi mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan.


2. Berbagai isu yang timbul ditokok tambah, diberi rempah ratus, agar kenampakan hebat dan jelek bagi memberi gambaran negatif kepada Perdana Menteri.

3. Isu 1MDB direkayasa, ditokok tambah, diberi ramuan berbagai rempah ratus, seolah-olah syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut yang juga penubuhannya merupakan ilham Perdana Menteri, selain Perdana Menteri juga merupakan penasihat kepada lembaga Pengarah syarikat tersebut.

4. Selain isu 1MDB ditambah lagi dengan wang RM2.6bilion, derma penderma budiman daripada Timur Tengah bagi keperluan jentera barisan nasional berdepan pilihanraya umum ke-13.

5. Kedua-dua isu yang diwar-warkan, digembar-gemburkan tersebut, tidakpun membabitkan wang negara mahupun wang rakyat, tidak satu senpun melibatkan wang pembayar cukai, kecuali RM1juta saham kerajaan dalam 1MDB semasa penubuhan syarikat tersebut.

6. 1MDB meskipun mempunyai hutang RM42bilion, akan tetapi berbentuk pinjaman yang berupa Bond atau sukuk, dan semua wang tersebut dipinjam untuk mendapatkan harta RM52bilion. Harta yang dibeli itu masih ada dan berpotensi membawa pulangan berbilion ringgit dalam masa jangka pendek dan panjang.

7. Sebuah syarikat seperti 1MDB yang bermodalkan RM1juta, bagaimana boleh mengumpul kekayaan? jika tidak melakukan pinjaman!!!. 

8. Seharusnya rakyat negara ini termasuk pemimpin seperti Tun Dr Mahathir merasa bangga, kerana sebuah syarikat yang bermodalkan RM1juta, akan tetapi diberi kepercayaan oleh pemilik modal sehingga 42ribu kali. Mengapa berlaku demikian? sebabnya kepercayaan pemberi modal kepada Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak.

9. Malangnya, kepercayaan pemberi modal kepada 1MDB dicemburui Tun Dr Mahathir, kerana selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, belum ada pihak yang begitu percaya kepada beliau, sehingga sebuah syarikat negara apa kah GLC ataupun swasta mendapat kepercayaan seperti mana diberikan kepada 1MDB. 

10. Demikian juga, derma RM2.6bilion kepada DS Najib daripada penderma budiman, tidak pernah berlaku kepada Tun Dr Mahathir, sehingga menjadi salah satu faktor mendorong mantan Perdana Menteri itu cemburu kepada DS Najib.

11. Oleh kerana dakwaan dan kritikan terhadap DS Najib difikirkan berasas kepada faktor cemburu, atas sebab itu majoriti pemimpin Bn, Umno berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, atas sebab para pemimpin itu membuat keputusan berasaskan fikiran rasional, bahawa DS Najib tidak membuat sebarang kesalahan baik kepada rakyat mahupun kepada negara.

12. Sebenarnya majoriti rakyat bangga dengan Perdana Menteri, kerana mampu mendapat kepercayaan daripada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan modal bagi maksud perniagaan bagi sebuah syarikat negara, tanpa menkotak katik kewangan negara.

13. Demikian juga, dalam dana Parti, DS Najib tidak mahu terikat dengan syarikat-syarikat besar dalam negara seperti mana belaku sebelum beliau, kerana cara itu boleh menjadikan syarikat-syarikat itu menjadi syarikat monopoli dalam negara, seperti mana belaku di masa lalu, sehingga membebankan rakyat dan negara. Sebagai contoh, Bernas, syarikat itu seharusnya membantu rakyat menurunkan harga beras, malangnya, harga beras tidak pernah turun, malah semakin meningkat.

14. Rakyat negara ini, perlu berfikir secara matang dan rasional, cubaan menurunkan DS Najib Razak akan merugikan rakyat secara keseluruhan. Terlihat bagaimana pihak luar terlibat menghancurkan negara seperti mana yang diperlihatkan oleh pengerusi TI Jose Ugaz daripada negara Peru yang menganjar Malaysia bagaimana mengatasi rasuah, sedangkan negaranya berada jauh ke bawah berbanding kedudukan Malaysia dalam persepsi indeks rasuah dunia (Malaysia berkedudukan 50 daripada 174, manakala Peru 85).

15. Para pemimpin antarabangsa yang mengeritik DS Najib majoritinya daripada negara-negara yang bermasalah dan kedudukan negara yang mereka wakili lebih teruks berbanding Malaysia, contohnya Mazoor Hussien daripada Bangladesh, atas merit apa Mazoor bercakap mengenai DS Najib???

16. Pengeritik DS Najib khususnya para pemimpin veteran dalam negara tidak dapat menerima kemampuan DS Najib, kerana dalam keadaan persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu, pertumbuhan ekonomi negara masih kukuh, masih berada di atas 4 peratus, malah perdagangan negara terus bertambah, pada julai 2015 meningkat 4.6 peratus, benbanding bulan yang sama tahun-tahun sebelumnya.

17. Dalam keadaan sekarang, meskipun berbagai pihak mendesak menurunkan DS Najib meletakkan jawatan, tiada siapa yang boleh berbuat demikian, kerana Perdana Menteri masih mendapat sokongan padu daripada berbagai lapisan pemimpin di semua peringkat.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top