Nuffnang

KHALWAT : Ustaz Selebriti Dan Pasangan Serah Diri



Penceramah bebas, Sharhan Shafie hari ini (Selasa) menyerah diri untuk membatalkan waran tangkap terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini berhubung tuduhan kes khalwat dengan dua beradik, dua tahun lalu.

Sharhan atau dikenali sebagai Ustaz Sharhan, 39, hadir bersama-sama pasangannya, Umi Masjuri Hassan, 40 dan penjamin mereka Mohd. Zainuddin Abdul Yamin, 45, yang turut dikenakan waran tangkap oleh mahkamah tersebut pada minggu lalu.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin yang mendengar permohonan Sharhan dan Umi Masjuri melalui peguam syarie, Mohd. Isa Ralip yang mewakili mereka, membenarkan waran tersebut dibatalkan dan masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin yang berbeza.

“Saya berpuas hati kedua-dua tertuduh dan penjamin hadir secara sukarela dan memberi aku janji untuk bekerjasama hadir ke mahkamah pada prosiding akan datang, maka hari ini mereka dilepas tanpa dibebaskan,’’ ujarnya.

Beliau juga mengingatkan ke- dua-dua tertuduh supaya mematuhi aku janji berkenaan agar kes itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Masing-masing ada hak dan tanggungjawab, jika boleh diselesaikan, selesaikan dengan segera kerana jika perkara ini dilengahkan, keadilan tidak dapat dicapai,’’ tegas beliau.

Permohonan pembatalan waran tangkap itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Tatacara Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Pada 27 Ogos lalu, mahkamah berkenaan mengeluarkan waran tangkap terhadap Sharhan setelah gagal hadir untuk mendengar pertuduhan terhadapnya yang didakwa berkhalwat dengan dua beradik pada 24 Ogos 2013.

Waran yang sama dikeluarkan terhadap Umi Masjuri dan Mohd. Zainuddin kerana gagal hadir manakala adik Umi Masjuri, Masbellinda, 21, hadir di mahkamah tersebut bagi menghadapi pertuduhan berkhalwat dengan Sharhan pada tarikh sama.

Masbellinda mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut namun Hakim Mohd. Amran tidak merekodkan pengakuan itu dan memaklumkan beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut kerana beliau merupakan hakim yang mendengar prosiding kes pengesahan perkahwinan antara Sharhan dan Umi Masjuri.

Beliau menetapkan sebutan semula kes khalwat itu pada 26 November ini di hadapan hakim lain.

Terdahulu, Mohd. Isa memberi jaminan kedua-dua anak guamnya akan hadir pada prosiding akan datang terutama Sharhan yang amat dikenali dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Kes ini telah sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi anak guam saya dan ini merupakan pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati,’’ katanya.

Pendakwaan dikendali oleh Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohamad Adib Husain dan Pendakwa Syarie, Mohd. Ihsan Mohamad Daud.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top