Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PASCA BERSIH : Apakah Melayu Sudah Tidak Punya Harga Diri - Syed Ali


Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu merupakan mesej jelas supaya orang Melayu kembali bersatu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Syed Ali mengingatkan, orang Melayu sekadar ‘menang sorak kampung tergadai’ kerana terpengaruh dengan hasutan pihak berkepentingan.

“Apakah kelompok Melayu itu bangga melihat ribuan kaum Cina memenuhi jalanan sambil mengutuk dan mencerca pemimpin Melayu?

"Amat menyedihkan apabila ada segelintir Melayu sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.

"Sedangkan DAP merupakan pertubuhan politik rasis yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada orang Melayu," katanya dalam catatan di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com miliknya.

Syed Ali turut mengingatkan, orang Melayu perlu menoleh ke belakang dan melihat peranan pemimpin DAP sehingga Singapura terpisah daripada Malaysia.

"Kita kena faham sejarah politik DAP dan kita kena insaf bahawa parti rasis itu sekadar menjadikan orang Melayu sebagai alat.

"Perhimpunan itu memberi tamparan hebat kepada orang Melayu di negara ini terutama warga kota.

"Kita telah melihat dengan jelas bagaimana kaum Cina mendominasi perhimpunan tersebut, mereka ini tidak sayangkan keharmonian negara kita," tegasnya.

Menurutnya, orang Cina terutama DAP jelas menguasai perhimpunan tersebut manakala kelompok Melayu sekadar ikutan.

"Kelompok Melayu hanya menjadi pak turut dan mereka mengikut telunjuk DAP, ini sesuatu yang amat menyedihkan.

"Ini bukan soal perkauman, tetapi ketaranya peserta Cina dan bukan Melayu memenuhi lapangan perhimpunan tersebut.

"Perhimpunan itu memberi isyarat bahawa pelampau bukan Melayu sanggup melakukan apa sahaja untuk menjejaskan kestabilan negara," ujarnya.

Katanya lagi, ia satu mesej jelas bahawa suatu hari nanti orang Melayu akan terpinggir di tanah airnya sendiri selagi mereka tidak bersatu.

"Orang bukan Melayu dan golongan anti-kerajaan akan menggunakan peluang di atas pergeseran sesama Melayu untuk menguasai negara ini.

"Mereka telah buktikan menerusi perhimpunan Bersih 4. Orang Melayu terlalu mudah bergeseran sesama sendiri dan terpedaya dengan sentimen persepsi dan kebencian melampau," jelasnya.

Syed Ali turut menyatakan rasa kecewa kerana ada kelompok Melayu tergamak membiarkan bukan Melayu menghina pemimpin Melayu.

"Perbuatan memijak gambar pemimpin seperti dilaporkan media membuktikan kebiadapan tersebut.

"Yang mereka pihak gambar pemimpin Melayu beragama Islam, tak kiralah daripada parti pemerintah atau pembangkang, ini sudah perbuatan melampau, penghinaan dan kurang ajar.

"Apakah kita (orang Melayu) sudah tidak ada lagi harga diri sehingga membiarkan gambar pemimpin sebangsa kita dipijak bukan Melayu,?" soalnya.

Katanya, walaupun timbul persaan kebencian terhadap pemimpin tetapi bukan cara sedemikian untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Golongan anti-kerajaan akan menggunakan peluang di atas pergeseran sesama Melayu untuk menguasai negara ini.

"Itu bukan budaya orang Melayu dan rakyat Malaysia yang bertamadun, sesebuah kerajaan boleh dijatuhkan menerusi pilihan raya, bukannya berhimpun secara haram atau demontrasi di jalanan," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya menguatkan benteng perpaduan dan permufakatan bagi menghadapi sebarang ancaman.

"UMNO merupakan parti mewakili majoriti orang Melayu dan kedudukan Melayu dan umat Islam perlu dipertahankan.

"Sengketa sesama sendiri dan kebencian melampau terhadap seseorang pemimpin hanya akan merosakkan perpaduan yang dibina puluhan tahun," jelasnya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top