Nuffnang

SEDIH DAN TERHARU!!! Kemerdekaan Yang Dirobek Komunis DAPig



Amat kurang bernasib baik anak-anak kecil hari ini apabila bakal tidak berpeluang merasai sambutan detik kemerdekaan di Dataran Merdeka seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sambutan detik jam 12 tengah malam adalah simbolik kepada penurunan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Tanah Melayu ketika itu yang baru kali pertama diperkenalkan dan dinaikkan.


Itu adalah detik-detik sambutan kemerdekaan yang saban tahun diraikan di Dataran Merdeka yang menyimpan 1,001 sejarah, kenangan yang tidak mungkin dapat diulangi walau 1,000 tahun akan datang.

Perkara yang ternilai dalam sesebuah keluarga bagi bangsa Melayu adalah hasrat kedua ibu bapa menyemai rasa patriotik anak-anak sejak dari kecil agar mereka senantiasa mengenang keperitan dan kepayahan mengecapi kemerdekaan tanah air di tempat bersejarah negara.


Hari ini disebabkan kebiadapan puak komunis yang berjaya membatalkan sambutan detik kemerdekaan di sini telah merencatkan sedikit nostalgia yang dikecapi anak-anak muda bandar yang kini telah bergelar ketua keluarga.

Kedukaan anak-anak muda bandar terdiri daripada Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan malam ini berkonvoi dari seluruh pelusuk Ibu Kota menuju ke Dataran Merdeka bagi memastikan lagu kebangsaan Negaraku terus berkumandang di sini.

Hampir 1,000 orang Pemuda UMNO berbaju merah cuba memasuki Dataran Merdeka tetapi telah dihalang oleh pihak berkuasa. 

Menerusi perbincangan di antara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Rafii dan OCPD yang bertugas di kawasan diisytiharkan tutup tersebut akhirnya diberi kebenaran untuk merealisasikan hasrat Pemuda UMNO Wilayah.

Hanya seorang iaitu saudara Razlan saja dibenarkan masuk dan menyanyikan lagu kebangsaan di sini pada detik 12 tengah malam.


Suasana sayu dan menyentuh perasaan apabila ahli-ahli Pemuda UMNO yang berada di lingkungan kawasan ditetapkan turut sama menyanyikan lagu Negaraku tercinta ini dan anggota Polis bertugas juga turut sama menyanyikannya.

Inilah satu detik peristiwa hitam dan pastinya tidak dapat dilupai oleh semua pihak. Dataran Merdeka sunyi tanpa lagu Kebangsaan dan laungan kemerdekaan.

Apa pun sekalung tahniah dan double thumbs up kepada Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang menyedarkan pihak-pihak lain akan keprihatinan ini.

Merdeka ! 
Merdeka !
Merdeka !

#IniBaruPemuda
#SehatiSejiwa
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top