Nuffnang

MELAYU UNTUK MELAYU : Ke Mana Mat Sabu Nak Bawa PAN?


Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi di Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambilalih ialah Parti Pekerja. 

Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi. Manakala usaha mengambil alih parti KITA juga mengalami jalan buntu apabila ada bantahan daripada AJK parti berkenaan.

APA KATA  RIDHUAN TEE

Memahami sosio budaya politik Malaysia, seperti yang semua sedia maklum, kerusi kawasan majoriti Melayu sepatutnya ditandingi oleh calon Melayu. Manakala, calon bukan Melayu, di kawasan majoriti mereka. Pernyataan ini bukan perkauman, tetapi itulah realiti politik, dalam konteks Semenanjung. 

Biarkan UMNO, Pas, PKR atau mungkin GHB bergasak sesama mereka di kawasan majoriti Melayu. Manakala, MCA, Gerakan dan DAP di kawasan majoriti Cina.

Untuk kaum India, tidak ada satupun kawasan mereka mempunyai majoriti. Kerusi yang dimenangi sebelum ini adalah di kawasan majoriti Melayu (BN). Sedikit sangat kerusi yang dimenangi di kawasan majoriti Cina mewakili ultra kiasu.

Jika kita pandai berstrategi dan memahami real politik, kaum yang tidak mempunyai mempunyai kawasan majoriti, tidak sepatutnya bertanding. Jika wakil kaum mereka diperlukan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan selepas PRU, maka lantiklah mereka sebagai senator.

Perkara ini pernah dilantun oleh MB Negeri Sembilan, tetapi diprotes hebat oleh ultra kiasu. Senario ini bukan sahaja di negeri Sembilan, malah di semua negeri di Semenanjung. Kerusi yang dimenangi oleh MCA, Gerakan dan MIC hari ini adalah kerusi ehsan kawasan majoriti Melayu.

Nilaikanlah toleransi orang Melayu (Islam). Sanggup mengundi calon tidak seagama dan tidak sebangsa, tinggalkan calon seagama sebangsa, hanya kerana toleransi dan mendengar arahan parti.

Kenapa sukar sangat orang lain melakukan sedemikian? Kenapa ultra kiasu tidak meletakkan calon Melayu mereka bertanding di kawasan majoriti Cina seperti Kepong, Seputeh, Petaling Jaya dan lain-lain?

Namun, pada PRU akan datang, tidak mustahil ultra kiasu akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina bagi menunjukkan mereka tidak rasis. Sudah pasti calon Melayu itu akan menang, kerana ultra kiasu tahu, hanya seorang dua sahaja Melayu dalam parti tersebut dan mereka tidak boleh membuat apa-apa keputusan.

Calon dan kawasan berasaskan kaum ini perlu dilihat secara serius, terutama oleh BN jika ingin terus kekal berkuasa dalam PRU akan datang. Jika sekiranya formula bertanding mengikut kuota parti terus dilakukan, tidak mustahil BN (Umno) akan kehilangan lagi kerusi.

Siapakah yang untung dalam permainan ini kalau bukan ultra kiasu? Mereka menambah kerusi setiap kali PRU.

Memahami situasi masa kini, pendekatan berstrategi perlu diberikan perhatian serius. Apatah lagi dengan kemunculan GHB yang sudah pasti akan memecahkan lagi undi Melayu.

Di kawasan mana GHB akan bertanding? Apakah mereka yang menang atas tiket Pas sebelum ini akan terus mahu mengekalkan kerusinya menentang Pas sendiri, selain berhadapan parti politik lain yang pasti akan bertanding?

GBH melakukan satu dosa besar jika menentang Pas, yang telah menaikkan mereka hingga ke tahap ini. Apakah ultra kiasu akan memberi laluan kepada GBH untuk bertanding di kawasan kubu kuatnya. Jauh panggang dari api.

Tidak mustahil, GHB akan bertanding menentang saudara seagamanya sendiri seperti yang pernah berlaku dalam sejarah IRC (IKRAM) itu sendiri. IRC yang kini majoriti menganggotai GHB, masih ada dalam Pas, Umno dan Abim.

Strategi mereka masuk ke dalam Pas untuk menguasai Pas telah dihidu oleh Pas. Begitu juga kehadiran mereka dalam Umno dan lain-lain pertubuhan. Strateginya pecahkan, bagi tujuan menguasai.

Saya menasihatkan IRC supaya berhenti melakukan kerja-kerja bodoh ini. Belajarlah erti ikhlas dalam perjuangan. Buatlah kerja-kerja yang lebih bermanfaat daripada merosakkan jamaah lain. Kamu tidak akan berjaya.

Lebih baik buat kerja-kerja melondehkan strategi musuh Islam. Misalnya, kajian bertanyakan rakyat Malaysia sama ada Malaysian 1st, Malay 1st atau Muslim 1st.

Sudah tentu Melayu Islam yang faham Islam, akan jawab Muslim 1st. Bukan Islam pasti akan jawab Malaysian 1st. Soalan dengan bukan Melayu tidak berkaitan dengan Tuhan, sedangkan kepada Melayu (Islam) secara langsung berkaitan.

Dalam Islam, kita diajar meletakkan agama di tempat yang paling atas, baharulah yang lain-lain. Meletakkan perkara lain di atas melebihi agama, boleh menjejaskan akidah dan tidak mustahil boleh menjadi kufur.

Allah tidak tanya kita sumbangan kita kepada bangsa atau negara. Allah akan tanya kita sumbangan kita kepada agama. Dalam agama sudah terangkum perkara berkaitan bangsa, negara dan lain-lain.

Bagi orang Melayu dan India (Hindu), agama adalah segalanya. Memainkan isu babi dan lembu sudah boleh menimbulkan suasana kurang harmoni. Bagi mereka yang memahami budaya politik Malaysia, sudah tentu perkara sensitif sebegini perlu difahami dan dihormati, demi masa depan Malaysia yang gemilang.

Bagi orang Cina ultra kiasu, pula isu agama tidak berapa penting. Mereka lebih utamakan wang dan kuasa. Selagi mana ada cara boleh dapat banyak wang, yang lain sudah tidak penting. Maka pilihan Malaysian 1st, adalah perkara biasa.

Cuba buat kajian bertanyakan soalan BM 1st, Mandarin 1st, atau Tamil 1st. Sepatutnya semua akan menjawab BM 1st. Apakah mungkin pilihan tersebut menjadi kenyataan? Moga Sambutan Kebangsaan ke 58 hari ini memberi sinar baharu kepada kita semua, bukannya gerakan harapan baharu. Merdeka!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top