Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MENGEJUTKAN!!! Ulasan Akhbar Cina Mengenai Bersih 4



Penganjuran Himpunan Bersih 4 ternyata dimonopoli kaum Cina. Itu realiti yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa lagi. Seolah-olah gerakan Bersih kali ini cuba membawa perjuangan kaum itu yang mungkin tidak kita ketahui.


Pelbagai ulasan dan pandangan dibuat setelah Bersih 4 yang dianjurkan selama 34 jam gagal mencapai objektif utamanya. Namun apa yang lebih menarik adalah ulasan oleh Timbalan Ketua Pengarang akhbar berbahasa cina, Sin Chew Daily mengenai impak himpunan tersebut:

1. Najib dan UMNO jelas tidak goyah dan terjejas oleh BERSIH 4. Sokongan untuk Najib bersandar kepada sokongan akar umbi UMNO. Majoritinya adalah Melayu yang menebal dgn semangat kebangsaan dan tetap kekal menyokong beliau.

2. MCA dan GERAKAN menanggung rugi besar. Kaum Cina tidak percaya mereka dan UMNO pula semakin mencurigai pendirian MCA yang kelihatan bersimpati dengan BERSIH 4. UMNO melihat MCA dan Gerakan sebagai parti yang lemah dan tidak lagi mampu menarik sokongan orang Cina.


3. Kehadiran Tun M ke Dataran Merdeka gagal memenangi hati kedua dua belah pihak. Dia dianggap diktator yg sering menindas sebarang perhimpunan awam. Dia tidak ada tempat di kalangan para demonstran pada hari tersebut di mana 80% daripadanya adalah kaum Cina. Dia juga dikecam hebat oleh ahli UMNO dan majoriti orang Melayu kerana menghadiri BERSIH 4. Imej Tun M sebenarnya terjejas teruk.

4. Malang untuk Anwar dan keluarganya kerana laungan BEBASKAN ANWAR tidak kedengaran sama sekali dan ditenggelami oleh tiupan hingar bingar vuvuzela.


5. Gerakan Harapan Baru diaibkan kerana gagal membawa penyokong yang ramai. GHB boleh diramalkan bungkus awal selepas PRU ke 14.

6. Ustaz Hadi Awang tentu ketawa besar kerana keputusannya memulaukan BERSIH 4 telah memalukan DAP. Dia melakukan perjudian politik yang mahal tetapi menang besar kerana menumpaskan sekaligus GHB, PKR dan DAP.

7. Kegagalan BERSIH bukan sahaja dari segi jumlah kehadiran yang tidak seimbang antara kaum tetapi dicemari oleh berbagai insiden biadap seperti memijak potret DS Najib dan DS Hadi Awang. Tindakan mereka membawa penyapu dan menyapu potret Rosmah membangkitkan lagi kemarahan rakyat yang bertamaddun dan mengukuhkan lagi PERPADUAN MELAYU.

RINGKASAN TERJEMAHAN ANALISIS AKHBAR CINA MENGENAI BERSIH 4. DITULIS OLEH TAY TIAN YAN TIMBALAN KETUA PENGARANG SIN CHEW DAILY..

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top