Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! Kalah 10 Kosong - TMJ Cabar FAM!!!


Kalah 10-0? Ini main game ape ni? Ping-pong ker? Entah apa la alasan yang nak diberi? Letih? Tak cukup masa latihan? Cukup-cukup la tu..... Walau cakap lebih mudah dari nak merealisasikan sesuatu perkara, tapi tidak salah kita berubah angin. Jom kita lihat cabaran TMJ buat FAM? Ada berani?

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera memecat Dollah Salleh, selain bersedia membantu mendapatkan bajet bagi membiayai jurulatih asing berkualiti. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, hari ini, Tunku Ismail berharap apa yang diluahkannya kepada FAM itu akan disampaikan kepada Presiden badan induk berkenaan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting dan memberikan contoh perbezaan pemain-pemain JDT ketika beraksi bersama kelab dan kebangsaan. 


"Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bola sepak tanah air semakin hancur," kata Tunku Ismail. 

Tunku Ismail berkata, bekas pemain JDT dan bintang Argentina Pablo Aimar pernah menegurnya mengenai perkara terbabit. 

"Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50 peratus adalah kejurulatihan dan 50 peratus adalah pemain,". 

Ini adalah kenyataan kedua berturut-turut dikeluarkan oleh Tunku Ismail hari ini menerusi Facebook JDT, selang beberapa jam susulan kekalahan mengaibkan 10-0 Malaysia di tangan UAE malam tadi. 

Dalam kenyataan awalnya, Tunku Ismail berkata, skuad Harimau Malaya sudah terlambat untuk memperbaiki kedudukannya di ranking dunia selepas kekalahan itu. 


Berikut disiarkan kenyataan penuh Tunku Mahkota Johor kepada Setiausaha FAM dan FAM:

Tolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan kebangsaan. 

Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur. 

Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70% hingga 80%. 

Setakat untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar dan menguruskan liga tempatan, FAM tidak perlu lebih daripada 20% hingga 25% bahagian daripada hak penyiaran. 

Pembangunan akar umbi boleh dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan bolasepak negeri dan kelab-kelab. FAM juga harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan latihan sebagai satu aspek yang wajib dijalankan. 

Dengan hasil daripada hak penyiaran dan juga penajaan, ianya mampu dilaksanakan. 

Khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting. Sebagai contoh, mengapa terdapat perbezaan apabila pemain JDT bermain untuk negara berbanding kelab? Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50% adalah kejurulatihan dan 50% adalah pemain. 



Dari segi mentaliti pemain, satu-satunya perkara yang boleh memupuk sikap profesionalism adalah Akademi. 

Di sini dilihat kepentingan pendidikan. Para pemain yang sedia ada kini tidak boleh diselamatkan. 

Bukanlah salah mereka, tetapi salah FAM dan semua pasukan termasuk Johor, yang telah gagal dengan program pembangunan akar umbi kita sejak dahulu lagi. 

Kita perlukan kepakaran luar, dan kita para pendukung bolasepak tanah air perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh mengubah sikap pemain bolasepak negara. 

Oleh itu, mana-mana ahli jawatankuasa dalam FAM yang telah lama tetapi tidak berfungsi, lebih baik bercuti panjang sahajalah. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. 

Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air. Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0. (SUMBER)


APA REAKSI DOLLAH SALLEH?

Dollah Salleh tidak menolak kemungkinan melepaskan jawatan pembimbing pasukan kebangsaan selepas kekalahan memalukan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, malam tadi.

Pada aksi ketiga Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Harimau Malaya ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama kepada tuan rumah. 

Pada sidang media selepas perlawanan itu, Dollah yang ditanya sama ada akan meletakkan jawatan selepas kekalahan berkenaan, berkata; "Saya tak tahu tetapi mungkin juga. 


"Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini," kata Dollah yang dilantik pengendali skuad kebangsaan pada Jun tahun lalu dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Mengulas prestasi pemainnya, Dollah menyifatkan persiapan skuad kebangsaan menjelang pertembungan menentang pasukan terbaik seperti UAE tidak mencukupi terutama selepas mengharungi jadual liga tempatan yang padat. 

"Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. 

"Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top