Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

OPS AMAN : Seorang Peserta Himpunan Bersih Ditahan!!!


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Seorang lelaki ditahan kerana menceroboh sekatan polis di Dataran Merdeka, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, seorang lelaki berusia sekitar 50-an dipercayai mabuk cuba mengganggu ketenteraman awam dan mencetuskan provokasi di lokasi perhimpunan Bersih 4.0.

Gambar hiasan

Dia kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut. 

Polis berharap penganjur perhimpunan haram Bersih 4.0 menunaikan janji untuk bersurai menjelang tengah malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, segala aktiviti yang dilakukan pada perhimpunan itu harus dihentikan dengan aman seperti yang dijanjikan penganjur.

Katanya, setakat pukul 6 petang tadi, keadaan di sekitar ibu negara adalah terkawal dan tiada sebarang kekecohan berlaku.

“Tiada langsung kekecohan dan tiada peserta dikesan menceroboh masuk ke dalam kawasan Dataran Merdeka.

“Saya mengharapkan keadaan ini diteruskan dan yang penting penganjur menunaikan janji mereka,” katanya yang memberitahu kehadiran peserta setakat ini adalah sekitar 16,000 orang. - UTUSAN ONLINE
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top