Nuffnang

TAHNIAH PDRM: Anonymous Ancam Negara Berjaya Ditahan!!!


Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas berjaya menangkap tiga individu dipercayai terbabit dalam memuat naik klip video dilaman YouTube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia’ berjaya ditahan dalam beberapa serbuan di Johor Bahru, Jumaat malam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun diberkas hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas mereka mengancam untuk menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan.



Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan peribadi milik individu terbabit untuk siasatan lanjut.

Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan, semua mereka yang dipercayai pelajar memuat naik video berdurasi satu minit 28 saat itu menggunakan nama Anonymous Malaysia dengan memaparkan insiden letupan bom di Bangkok Thailand baru -baru ini dan mendakwa akan membuat tindakan sama di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM memandang serius perkara itu kerana ia berupa ancaman kepada negara dan orang ramai.

“Kami tidak akan berkompromi dengan segala bentuk ancaman yang dilakukan pihak tertentu untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman negara ini.

“Ia satu ancaman yang kita tidak pernah pandang remeh dan akan bertindak serta mengenal pasti pihak berkenaan.

Kami sedang siasat ancaman itu dan pihak yang melakukan ancaman. Kita sudah melakukannya,” katanya.

Pada masa sama, Khalid mengecam tindakan individu tertentu termasuk pengamal undang-undang yang memberi kenyataan bahawa menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa adalah hak rakyat.
Dari: Agendadaily.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top