Nuffnang

KELUAR PAS : Ini Respon Dewan Muslimah


Ahli PAS khususnya Dewan Muslimat PAS Shah Alam (DMPSA) diharap tidak mudah goyah dengan kemelut yang berlaku dan meneruskan perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan DMPSA, Nur Syuhada Selamat menerusi laman facebook PAS kawasan, semalam seperti di bawah.

Kemelut dalam jemaah yang berlaku kini menimbulkan kegundahan, keresahan bahkan kesedihan di kalangan mereka yang merasai kemanisan serta nikmat berjuang bersama jemaah PAS yang dicintai.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Imran ayat 106 yang bermaksud: "Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah Taala mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dia-lah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman sekalipun mereka diuji dengan ancaman mahupun serangan dari pelbagai pihak yang cuba untuk memadamkan cahaya Allah, hatta yang cuba untuk memecah belahkan jemaah PAS ini.

Berhubung dengan perkara yang berlaku di dalam DMPSA kini diharapkan agar semua ahli PAS khususnya Muslimat PAS Shah Alam agar tidak mudah goyah dengan kemelutan ini dan meneruskan perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Justeru itu, DMPSA dengan penuh pengharapan bahawa ahli muslimat PAS dapat bersabar dengan keadaan kini.

Akhir kalam, teruskan berjuang menyebarkan syiar Allah. Moga syahid di jalan Allah adalah penghujung riwayat kita.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan, Zahra' Al-Walihah Saliman memaklumkan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah meluluskan senarai AJK Dewan Muslimat PAS Shah Alam, semalam.

Sukacitanya, dimaklumkan senarai baru tanzim pimpinan DMPSA.

Ketua: Pn Nurul Atiqah Bt Mohd Ariffin
Timb Ketua: Cik Syarifah Azirah Sayed Othman
Naib Ketua: Pn Azlinda Abu Hanifah
Bendahari: Hajah Rahilah Bt Arshad
Setiausaha: Cik Zahra' Al-Walihah Bt Saliman
Ketua Penerangan: Pn Nur Syuhada Bt Selamat
PSU1: Pn Noor Hidayah Md. Roselan
PSU2: Cik Wan Hafizah Wan Ishak
PSU3: Cik Nurul Aniza Binti Shazali
1. Tarbiyyah/Kepimpinan: Pn Mazni Othman
2. Kebajikan: Puan Maimoon Bt Saidan Ahmad
3. Perpaduan Nasional: Pn Azizah Bt Yusof
4. Dakwah & IT: Pn Wan Sawiyah Bt Wan Nik
5. Ekonomi: Pn Faridatuakmar Bt Muhammad Saupi
6. Gen 3: Cik Syahidah Ghazali (Nisa'), Cik Shahfira Mohd Azman (Bridget) 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top