Nuffnang

GULING KERAJAAN : MP BN Buat Penafian!!!


Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan membuat laporan polis terhadap satu posting yang menamakan mereka antara 20 individu yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan. (Posting Di page FB Kopi Panas - KLIK SINI)

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata, beberapa Ahli Parlimen yang dinamakan beserta gambar mereka yang dimuat naik itu telah membuat laporan polis mengenai blog berkenaan.



"Kita mahu siasatan dijalankan terhadap berita palsu kerana gambar-gambar Ahli Parlimen turut termasuk dalam laporan berkenaan," katanya memetik laporan The Star pada Isnin.

Beliau berkata, beberapa Ahli Parlimen yang terlibat dalam dakwaan itu akan mengadakan sidang media di Parlimen pada Selasa.

"Beberapa Ahli Parlimen yang dinamakan telah membuat laporan polis," kata Shahrir yang merupakan Ahli Parlimen Johor Baru.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Ahli Parlimen Pulai menafikan dakwaan itu dengan mengatakan bahawa ia mungkin sebagai taktik untuk menimbulkan perbalahan di kalangan Umno.

"Motifnya mungkin untuk melihat kita berbalah sesama sendiri bukannya dengan Pembangkang," katanya.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan mengakui bahawa iklim politik semasa menyumbangkan kepada penyebaran berita palsu.

Tambahnya, beliau biasanya tidak mempedulikan kenyataan seumpama itu di blog-blog yang kebanyakannya ditulis oleh individu tidak dikenali.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top