Nuffnang

GULING KERAJAAN : Nyanyuk Kah Kit Siang?


"DAP tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak lima dekad perjuangan politik kami untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya.

Tegasnya, jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing.

KAH...KAH....KAH..... Korang Percaya?

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin apapun tindak-tanduk parti pembangkang termasuk harapan penasihat DAP Lim Kit Siang agar wujud pakatan pembangkang baharu selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.


Malah Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjangka GHB yang dikatakan akan dilancar pada 31 Ogos ini akan terkubur seperti parti-parti serpihan yang pernah wujud di negara ini, sebelum ini.

"Kita tidak akan terjejas dengan apapun tindakan parti pembangkang. Sama ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dahulu, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan kepala kami dalam BN.

Yang penting kepada BN ialah meneruskan tradisi berkhidmat kepada rakyat dan memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi dan perpaduan sebagai teras utama," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud di sini Selasa.

Beliau berkata berdasarkan pengamatannya, GHB tidak akan mampu menarik anggota PAS dan UMNO untuk menyertai perjuangan mereka kerana anggota kedua-dua parti berkenaan sangat berdisiplin dan berprinsip sebaliknya sasaran keanggotaan GHB adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jadi PAS tidak akan terjejas, UMNO juga tidak akan terjejas. Insya-Allah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain sebelum ini.

Menyentuh kenyataan Kit Siang dalam sebuah portal berita yang meminta Ketua Polis Negara menahan beliau kerana menyebarkan berita palsu, Abdul Rahman berkata jika pembangkang boleh percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukarkan penjawat awam bagi menyekat siasatan dalam pelbagai isu, maka mereka juga perlu percaya teori bahawa terdapat cubaan untuk mengaitkan Najib dengan jenayah.

Dalam temu bual Abdul Rahman dengan portal berita itu, Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata beliau tidak menyentuh sama ada kertas pertuduhan itu wujud seperti yang didakwa Kit Siang.

"Sama ada wujud kertas pertuduhan itu atau tidak, kami serahkan perkara itu kepada Ketua Polis Negara untuk menyiasat dan menerangkannya. Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya," kata beliau.

Abdul Rahman berkata mungkin usia Kit Siang menyebabkan pemimpin DAP itu tidak memahami maksud sebenar artikel berkenaan. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top