Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BONGKAR!!! Tembelang Arwah Nik Aziz Didedahkan Dr. Mariah!!!


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja menyahut cabaran kepimpinan Pas Pusat dengan meletak semua jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Keputusan itu dibuat pada Rabu.

“Kami di Parlimen Kota Raja terdiri daripada Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Naib Yang Dipertua (NYDP) serta Setiausaha Kawasan meletak jawatan dalam PAS.

“Ia diikuti sembilan Ketua Cawangan serta ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang melakukan tindakan sama,” katanya. 



Mengulas mengenai tindakannya, Dr Siti Mariah menjelaskan keputusan itu juga dibuat bagi memudahkan AJK yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas di kawasan berkenaan.
"Saya tidak khianati amanah rakyat, saya masih dalam perjuangan Islam, tapi pendekatan politik sudah berbeza setelah PAS mengambil keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat."
"Tidak wujud rasa kecewa, oleh kerana pendekatan politik sudah berbeza dan tiada langkah untuk bersatu kembali dalam Pakatan Rakyat, maka kami kena teruskan solidariti ini kerana musuh politik masih sama iaitu Barisan Nasional," 
"Memang satu keputusan yang sukar bagi saya terutama kemenangan di (Parlimen) Kota Raja adalah kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, jadi itulah yang perkara yang sayu dan kita kena teruskan.
"Kami terpaksa (letak jawatan) dan pendekatan politik yang diambil oleh PAS amat berbeza sekarang, di Selangor pun agak susah (untuk kerjasama) dan bila ada kekosongan suara islam dlm Pakatan, maka ada sebuah lagi parti islam, mungkin pendekatan berbeza tapi roh dan semangat masih sama,"


"Sebagai wakil rakyat, saya tetap akan meneruskan khidmat kepada semua pengundi Kota Raja walapun saya sudah berubah (parti) dan ia tidak menjejaskan langsung khidmat saya kepada rakyat dan anggota GHB akan memberikan dokongan kepada gerak kerja di Kota Raja."


Tahniah Dr Mariah dan juga gerombolan pembangkang yang berpusu-pusu keluar PAS semalam untuk menganut kefahaman baru didalam kumpulan Gerakan Harapan Baru pimpinan Mat Sabu dan juga DAP.

Tapi tak sangka pula Dr Mariah sanggup menghina ulamak-ulamak PAS dengan membuat kenyataan bahawa keluar PAS tak bermakna murtad atau keluar Islam. Ini menunjukkan bahawa, Dr Mariah mengesahkan PAS bukanlah parti Islam sebenar.

Selama ini, seluruh anggota PAS termasuklah Dr Mariah dan Mat Sabu sangat percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Malahan allahyarham Nik Aziz sendiri berkata bahawa hanya PAS yang berteraskan Islam serta barangsiapa yang menolak PAS, bererti dia tolak Islam.

Hari ini, Dr Mariah mengesahkan arwah Nik Aziz pernah menipu didalam kenyataan beliau kepada seluruh penyokong serta ahli-ahli PAS. Keluar PAS bukan murtad dan bukan keluar dari Islam.., apa agaknya arwah Nik Aziz akan kata jika beliau masih hidup? Tentu arwah sangat sedih dengan perangai Dr Mariah serta Mat Sabu.

Agaknya bagaimana semua ini terjadi? Siapakah dalang disebalik perpecahan didalam PAS? Tak lain dan tak bukan semua ini adalah agenda DAP untuk menghancurkan parti politik melayu kedua terbesar didalam Malaysia selepas UMNO.

Siapa yang bantu Mat Sabu serta beberapa pemimpin liberal PAS didalam Muktamar sebelum ini? Sudah tentunya DAP jika dilihat dari serangan pemimpin kafir berkenaan terhadap golongan ulamak semasa kempen pemilihan PAS.

Siapa yang menyokong kuat usaha Mat Sabu menubuhkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sebagai platform baru menggantikan PAS didalam gabungan pembangkang? Siapa lagi kalau bukan DAP!

Dan agaknya siapa yang memberikan dana ringgit Malaysia serta kemudahan untuk kumpulan Gerakan Harapan Baru membuat roadshow serta berkempen merekrut ahli-ahli PAS untuk menyertai mereka? Tak lain dan tak bukan pastinya DAP yang kita fikirkan.

Jadi, nampak tak usaha pihak kafirun untuk memusnahkan perjalanan politik umat Islam serta bangsa melayu didalam negara? Sudah jelaskan bagaimana permainan kafir yang diketuai oleh DAP untuk menghancurkan pemimpin-pemimpin Islam/melayu di tanah bertuah ini?

Sudah tentu rancangan puak kafir laknatullah ini dibantu oleh bangsa melayu sendiri yang tamakkan kuasa serta wang ringgit. Sejarah Kitul sudah membuktikan bahawa ada melayu yang mampu disepak punggungnya hanya bermodalkan duit. 

Jika dahulu hanya seekor Kitul muncul di kerajaan Melaka, kini banyak kitul semacam itu muncul kembali di Tanah Melayu. Mereka-mereka ini bertopengkan Islam sambil dibelakangnya dikawal penuh oleh kafir yang dilaknat Allah.

Apa yang kita mampu lakukan? Takkan kita mahu tunggu dan lihat negara serta pemimpin Islam hancur dek kerana fitnah serta permainan bangsat "kayu-kayu api neraka" itu semua? Beranikah kita mempertahankan bumi Islam ini berserta khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memerintah? Tepuk dada, tanya diri!! - Big B/Utaranews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top