Nuffnang

BOM JANGKA : Azmin Diserang 4 Penjuru!!!


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ketika ini menghadapi cabaran dan saat getir dalam meneruskan kelangsungan legasinya di negeri itu yang boleh menjurus kepada kehilangan jawatan yang disandangnya kini melalui undi tidak percaya.

Azmin "Diserang" 4 Penjuru

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul meminta kerajaan negeri meneliti semula penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menggantikan Menteri Besar Incorporated (MBI) dan membentangkan secara terperinci mengenai entiti itu pada persidangan akan datang.   

Sebelum itu, Speaker Hannah Yeoh mengumumkan penerimaan usul berkenaan selepas ia dicadangkan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

Usul itu kemudian dibahaskan oleh beberapa anggota DUN (ADUN) termasuk Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik), Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).   


Semasa membahaskannya, Mohd Shamsudin berkata penubuhan DEIG menimbulkan persoalan dari segi tatacara pengurusan anak syarikat yang tidak terkawal selain dibuat secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan anggota dewan.  

"Sepatutnya kerajaan negeri perlu ada kuasa mengawal pergerakan dan perjalanan entiti itu. DEIG ditubuh mengikut Akta Syarikat dan tidak diperuntukkan kepada kerajaan negeri suatu undang-undang untuk mengawal operasi ini di Selangor," katanya.

Mohd Shamsudin berkata kerajaan negeri sepatutnya memperkukuh MBI bukannya mewujudkan sebuah entiti baru.   

Sulaiman pula berkata beliau bimbang ketiadaan pengawalan operasi DEIG akan mencetuskan implikasi besar kepada kerajaan Selangor.   

"Ini khususnya melibatkan pemindahan aset tanah seluas 2,000 hektar milik MBI kepada entiti itu," katanya.   

Yeo pula mencadangkan supaya satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan perjanjian yang melibatkan DEIG tidak berat sebelah terutamanya dalam menguruskan nilat aset MBI berjumlah RM6.3 bilion.   

"Tanpa semak dan imbang, kita khuatir akan berlaku kelompangan dan penyalahgunaan wang rakyat sekiranya DEIG tidak berupaya melakukan pelaburan yang diharapkan," katanya.
Semasa menggulung usul itu, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mempertahankan penubuhan DEIG. 

Beliau berkata DEIG ditubuhkan bagi membolehkan kerajaan negeri untukterlibat dalam aktiviti perniagaan khususnya yang membabitkan sektor-sektor tertentu bagi memelihara kepentingan rakyat. 

Semalam, beberapa ADUN termasuk bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu. 


Mereka berkata sekiranya Menteri Besar berhasrat menstruktur semula anak-anak syarikat di bawah MBI, adalah lebih baik beliau mengukuhkan pemerbadanan itu dan bukannya mewujudkan entiti baharu seperti DEIG, yang ditubuhkan tanpa sebarang enakmen serta tidak perlu melapor kepada DUN Selangor. 

Dalam penjelasannya semalam, Mohamed Azmin berkata entiti itu yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata selain mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri. 

MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab korporat, katanya.   



Rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat DEIG milik individu bernama Raja Shahreen Raja Othman Dan Soffan Afendi. Apakah hubungan mereka dengan Azmin sehinggakan syarikat bernilai RM2 dapat derma RM30 Billion?

Rakyat Selangor tertipu, wang sudah dipindahkan RM30 Billion, Dan Azmin akan menghapuskan pemberian air percuma!

Ini sudah gila! Betul-betul gila! Memanglah DAP sedang berusaha nak gantikan Azmin kepada Wan Azizah, tetapi kenapa curi wang rakyat RM30 Billion?



Esok Malam! Penerangan Khas tentang Isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang membimbangkan Rakyat Selangor. Semua dijemput Hadir.. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top