Nuffnang

CIPTA SEJARAH? Pemain Kelahiran Malaysia Beraksi Bersama Kelab Terkemuka Eropah


Dion Cools beraksi 90 minit malam tadi lawan Man United sebelum tewas 1-3.

Seorang lagi pemain Eurosian untuk Pasukan Malaysia dikesan dan pemain tersebut ialah Dion Johan Cools pemain kacukan Malaysia-Belgium. 

Kali ini pemain yang berjaya dijejaki, boleh dikatakan agak berkualiti kerana mempunyai penampilan bersama skuad Bawah 19 Tahun Belgium dalam kelayakkan UEFA B19 tahun lepas. 


Peluang melihat pemain ini bersama skuad Malaysia adalah 50-50. Menurutnya, beliau berminat untuk menyertai Malaysia..

Pertahanan FC Brugge, Dion Johan Cools mengesahkan dia mempertimbangkan tawaran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyertai skuad Harimau Malaya.


Walaupun hanya berusia 19 tahun, pemain kacukan ini akui fokus utamanya untuk merebut tempat dalam skuad Belgium Bawah-21 tahun (B-21) namun masa depannya sebagai pemain senior masih belum ditentukan.

"Secara realistik, saya harap untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama Belgium B-19 terlebih dahulu. Buat masa depan, Belgium atau Malaysia? Kita tunggu dan lihat nanti" katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top