SEBAHAGIAN penyokong dua pemimpin MIC bertelagah antara antara satu sama lain sebelum bermulanya proses penamaan calon MIC bagi jawatan Presiden parti itu, di hadapan Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.
Kumpulan sebanyak 500 orang itu terbahagi kepada penyokong Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Datuk Seri G. Palanivel yang hadir sempena penamaan calon bagi pemilihan jawatan Presiden MIC yang baharu.
Polis Bantuan Persekutuan (FRU) tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian untuk mengawal keadaan.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr S Subramaniam diisytihar Presiden MIC yang baharu selepas beliau tidak dicabar calon lain apabila tempoh pencalonan pemilihan jawatan itu ditutup pada jam 6.30 petang tadi.
Pengesahan Subramaniam sebagai presiden baharu MIC diumum Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Presiden MIC, Datuk B Sagadevan, pada satu sidang media di ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat, hari ini.
Bekas presiden, Datuk Seri G Palanivel juga tidak hadir pada proses penamaan bagi pemilihan jawatan nombor satu parti itu biarpun berlaku kekecohan membabitkan penyokongnya dan penyokong Subramaniam.

0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....