Nuffnang

KOMPLOT : Siapa 6 MP BN Yang Sudah Buat Penafian?


Memetik sumber (KLIK SINI), 4 anggota parlimen BN hari ini menafikan dakwaan terlibat dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Penafian itu dibuat berikutan tersebarnya senarai 20 orang wakil rakyat BN yang didakwa terlibat dengan gerakan tersebut.



Anggota parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad (gambar) berkata dakwaan terhadapnya palsu, fitnah dan berniat jahat.

"Ini palsu dan fitnah yang berniat untuk memporak-perandakan kerajaan.

“Benda ini fitnah. Tak ada (asas)," katanya ketika dihubungi.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan sokongan ahli parlimen pembangkang. 

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, terdapat usaha mendapatkan akuan berkanun (SD) di kalangan ahli parlimen pembangkang serta menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan.

Sementara itu, laman web Majlis Penyokong BN (BNBBC) melaporkan, ahli parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman pula terkejut dengan senarai itu dan menyifatkannya tidak masuk akal.


"Semalam baru perdana menteri merasmikan mesyuarat Umno bahagian saya, mustahil saya mahu menjemput beliau kalau saya mahu menjatuhkan beliau.

“Orang yang buat fitnah itu pun bodoh sangat, amat bodoh," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Hasbullah juga mendakwa, "fitnah" itu bertujuan untuk menunjukkan BN tidak lagi kuat.

Sedangkan, beliau berdiri dan menyokong sepenuhnya di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tidak mempunyai sebarang masalah.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin turut kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Menurutnya beliau tidak tahu wujudnya gerakan itu sehinggalah didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Pada saya tuduhan sebegini kepada saya amat berat dan sungguh dikesali. Saya tidak pernah menjadi pengkhianat atau pembelot kepada parti yang saya perjuangkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bung Moktar yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata mungkin beliau selalu bersuara lantang tetapi tidak pernah menggadai maruah kerana tidak bersetuju dengan mana mana pemimpin.


Beliau berkata baginya perjuangan UMNO adalah perjuangan yang ikhlas dan bersih.

Menurutnya kalau ada usaha daripada mana-mana pihak mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, beliau adalah orang pertama yang menentangnya.

"Kerana pada saya kerajaan ini dipilih oleh rakyat. Kalau mahu dijatuhkan pun biarlah melalui pilihan raya umum dan bukan di jalan raya atau mana-mana cara yang tidak bermaruah," katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar mahu pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penggunaan namanya dalam perkara yang beliau sendiri tidak tahu.

Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri turut menafikan sekeras-sekerasnya laporan media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan 19 anggota Parlimen lain yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.


"Laporan itu adalah tidak bermoral, fitnah, serkap jarang dan bertujuan mencemarkan imej ahli-ahli Parlimen khususnya (dari) UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata tidak ada sesiapa datang menemui beliau atau untuk berkomplot malah semenjak dua minggu lalu beliau tidak menemui sesiapa.

Menurutnya sejak dua minggu lalu juga beliau berada di kawasan Parlimennya menjalankan program Bersama Rakyat selain mengurus hal ehwal keluarganya.

"Sebagai pemimpin yang telah bergiat lama dalam UMNO iaitu sejak 24 tahun lalu dan memegang pelbagai jawatan parti dan kerajaan, saya amat bersyukur dan sangat berpuas hati dengan pencapaian itu.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan peluang kepada saya (berkhidmat) dalam tiga kementerian penting iaitu Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan.

"Adalah tidak logik dan tidak berperikemanusiaan tuduhan dibuat sebegitu," katanya.




Disamping 4 MP diatas, terdapat 2 lagi yang dilaporkan telah membuat penafian iaitu MP Pasir Gudang, YB Normala Abdul Samad dan MP Pulai iaitu YB Nur Jazlan Mohd.


"Motifnya mungkin untuk melihat kita berbalah sesama sendiri bukannya dengan Pembangkang," katanya.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan mengakui bahawa iklim politik semasa menyumbangkan kepada penyebaran berita palsu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top