Nuffnang

DAH ADA YANG KEPANASANNN!! Senarai 26 MP BN Khianat Dah Ada?


Dah ada MP BN yang ditahan Polis? Telah 12 jam berlalu. Mereka semakin tidak keruan. Serba-serbi tidak menjadi. Kononnya atas nama prinsip dan perjuangan, namun mereka-mereka itu yang ada di kalangan Menteri Kabinet kini sibuk menghasut bahagian-bahagian yang sedang bersidang untuk menghentam DS Najib dan kerajaan secara terbuka.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi oleh pembesar Umno.

Menurut sumber, pembesar Umno berkenaan memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah untuk mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.

“Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar Umno apa yang dia buat itu sangat kurang ajar,” katanya ketika dihubungi.

Menurut sumber terbabit, pembesar Umno itu dikatakan telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Naib Presiden Umno itu mendedahkan konspirasi tersebut pada Sabtu.

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini.

“Kemungkinan Datuk Zahid sendiri akan bawa pembesar Umno tersebut berjumpa dengan Najib petang ini. Jadual hari ini pagi di Tampin, petang di Jempol dan malam di Lumut. Mungkin jumpa selepas program di Jempol,” katanya.

Bagaimanapun, sumber tidak pasti lokasi pertemuan tersebut.

Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Ampang, pada Ahad mendedahkan terdapat gerakan yang disusun bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang turut melibatkan pemimpin Umno-BN.

Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tampin pagi tadi, Zahid berkata pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib jam 6 petang ini.

Tambah sumber, beliau difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berjumpa dengan Zahid jam 7 pagi tadi bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya mengeluarkan waran tangkap sekiranya terdapat bukti kukuh  (SUMBER)


TOKOH BESAR UMNO TERLIBAT?

Seorang tokoh besar UMNO dikenal pasti sebagai dalang utama kepada gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik iaitu menerusi undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihak berkuasa berjaya mengesan segala tindak-tanduk kumpulan terbabit yang ketika ini sedang dalam proses menyiapkan akuan bersumpah (SD).

Ahmad Zahid seterusnya memberi peringatan kepada kumpulan terbabit selagi beliau Menteri Dalam Negeri, sebarang usaha menggulingkan kerajaan melalui ‘pintu belakang’ tidak dibenarkan sama sekali kerana rakyat sudah memilih kerajaan yang sah.

“Saya dapat maklumat ada usaha mahu gulingkan kerajaan didalangi tokoh UMNO sendiri. Terdapat usaha mendapatkan SD ahli Parlimen pembangkang dan (usaha) menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya menumbangkan kerajaan melalui ‘pintu belakang’.

“Peguam mereka sedang menyediakan memorandum setebal tujuh muka surat dengan kertas berwarna kuning dilampirkan dengan akuan bersumpah untuk dibentangkan (mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen) menyatakan mereka mempunyai suara majoriti.

“Ini sesuatu yang serius. Saya tidak mahu menyebut nama orang itu, tetapi ini berlaku. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan membenarkan ia berlaku,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Sebelum ini, tersebar khabar angin mengatakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dengan pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi tuduhan itu segera dinafikan Muhyiddin dan juga pemimpin pembangkang.

Mengulas mengenai bahaya gerakan tersebut, Ahmad Zahid berkata, jika usaha menggulingkan kerajaan yang sah melalui ‘jalan belakang’ dibenarkan berlaku, Malaysia akan dilanda pergolakan politik berpanjangan, sekali gus merugikan orang Melayu.

“Mereka ini sudah tidak boleh tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. Mereka mahu masuk ikut pintu belakang. Mereka ini bukan saja tikam parti dari belakang, tetapi mereka memusnahkan institusi demokrasi negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri menggesa seluruh ahli UMNO agar jangan mensabotaj parti sendiri hanya kerana mengikut perasan marah kerana tegasnya apa yang lebih penting ialah soal kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jangan tebuk lubang kapal. Kita perlu layari bersama. Kalau dilanda badai sama-sama kita pegang layarnya, itu cara yang betul. Sebaliknya ada seseorang yang ambil pemutar skru dan korek kapal. Pemimpin itu tidak stabil mentalnya, masuk air,” kata Ahmad Zahid.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top