Nuffnang

VIDEO TUN M INI AMAT SESUAI BAGI AHLI PAS SAHAJA!! LAIN2 JANGAN TENGOK!!

Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.




Timbalan Penasihat Tertinggi Pergerakan Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater, berkata rakyat Mesir perlu sedar tentang garisan yang terlalu nipis antara kebebasan dan huru-hara, kerana situasi huru-hara di dalam negara boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mencetuskan halangan baharu untuk mencapai kemajuan.

Katanya, Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul sebagai negara maju dengan menggunakan pendekatan moden tanpa mengubah kebudayaan penduduknya.

“Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul menjadi sebuah negara maju daripada sebuah negara yang mundur. Kami (rakyat Mesir) boleh mencontohi beberapa aspek yang diguna pakai oleh Malaysia untuk mencapai tahap tersebut," jelasnya





Ps: Heran jugak kan. Kenapa Ikhwanul Muslimin tak menjemput pemimpin PAS untuk memberikan pandangan mereka? 


Padahal di Malaysia, PAS kata mereka menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai Model kepada parti mereka.

Malah, PAS sendiri sering mengutuk dan mengeji Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan.

Tetapi parti yang menjadi model perjuangan PAS pula mengiktiraf sumbangan Tun Mahathir kepada pembangunan Islam sejagat. 

Kan pelik tu? Buat apa PAS jadikan Ikhwanul Muslimin sebagai model kalau itu pun diorang tak mampu nak buat!!! Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!


- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top