Nuffnang

MEMBABI BUTA : Fitnah Chef Wan Disanggah Doktor Pakar!!!


Hentam sembrono dan membabi buta! Dah tua-tua ni pun masih tak nak berubah ke Chef Wan? Tindakan Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef wan mengkritik kerajaan kerana gagal menyediakan mesin dialisi di Hospital Langkawi merupakan satu fitnah besar dan mengelirukan orang ramai yang mungkin memerlukan perkhidmatan tersebut di sana.

Chef Wan dalam akaun Instagram mendakwa sahabat beliau terpaksa datang menjalani dialisis di Hospital Selayang kerana tiada kemudahan serupa di Hospital Langkawi.

Dalam usaha memburukkan kerajaan Chef Wan menulis :

“Jika kerajaan dah miskin pun tak ada ke hartawan2 di negara ini can help to do so and set up a center in Langkawi?”


Bagaimanapun tuduhan ini dinafikan oleh Pakar Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir. Rahman melalui akaun Facebook menyatakan pada masa ini Hospital Langkawi mempunyai 30 buah mesin dialisis.

Dr Abdul Rahman yang terkenal dengan tulisan agak sarkastik dalam menjawab tohmahan liar terhadap Kementerian Kesihatan memberi info yang lengkap mengenai pertambahan mesin dialisis di langkawi. Menurut beliau :

  • Unit Dialisis ini dibuka pada tahun 2002 (zaman Tun) dengan jumlah mesin dialisis sebanyak 6 buah.
  • Tahun 2007 (zaman Pak Lah), telah dibesarkan unit ini dan ditambah mesin dialisis sebanyak 6 buah lagi. Ini menjadikan jumlah mesin dialisis sebanyak 12 buah semuanya.
  • Pada tahun 2010 (zaman kezaliman DS Najib yang mana ekonomi tgh nazak dan negara bakal bangkrap)…jumlah mesin dialisis adalah sebanyak 13 buah.
  • Setakat tahun 2016, jumlah mesin dialisis di Hospital Langkawi adalah sebanyak 30 buah!

Ramai yang mendesak Chef Wan memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah kerajaan dan “mislead” pesakit buah pinggang di Langkawi. Namun sehingga kini, selebriti tersebut mendiamkan diri sahaja.

MYKMU.NET berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta badan pengawas undang-undang siber, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap seleberiti ini jika beliau enggan membetulkannya.

Jika rakyat biasa dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan berita palsu, mengapa Chef Wan perlu dikecualikan?

Share this article

17 Komen:

  1. X boleh jugak nak salahkan orang yang memperbodohkan diri sendiri.

    BalasPadam
  2. Kementerian kesihatanlah yg patut saman Chef Wan ni.

    BalasPadam
  3. Pada tahun 2010 (zaman kezaliman DS Najib yang mana ekonomi tgh nazak dan negara bakal bangkrap)…jumlah mesin dialisis adalah sebanyak 13 buah.

    NI AYAT X MAU MINTA MAAF KE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni ayat sarkastik la...tu pun nk kena bgtau...ish...ish

      Padam
    2. Ni ayat sarkastik la...tu pun nk kena bgtau...ish...ish

      Padam
    3. Tu ayat perli namanya

      Padam
  4. Sekarang zaman org cari salah kerajaan dan DSN. Tidak pelik org yg celupar mcm ni buat kenyataan tanpa usul periksa. Memang betul banyak org bersangka seseorang makin tua bertambah kematangan, sabar dan akan bersangka baik dan berbagai lagi sifat yg baik2. Org mcm CW ni nampak aje tua tapi tidak nampak mcm org tua sbb masih blm baligh.

    BalasPadam
  5. Kesian Kerajaan....bertubi tubi difitnah dan dicaci. Tapi yg saya nampak, org ramai dah semakin sedar kebaikkan Kerajaan dan sudah mula nampak permainan kotor puak2 kapir dan LGBT mencuba menghasut org Melayu utk membenci Kerajaan.

    BalasPadam
  6. Matang ialah bila kau boleh tolak ansur.. boleh terima pendapat orang lain dgn rendah hati.. tanpa ada rasa sakit hati..

    BalasPadam
  7. Kalau hati dah hitam...

    BalasPadam
  8. Kna cuba tukar kerajaan lak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pe ingat tukar tu esok boleh betukar ke ape yg korg nk...kita ni untung lpas merdeka bgsa kita yg perintah..maju dgn acuan kita sendiri..ke nk jdi dlu blik..kne jajah

      Padam
    2. Sekarang pun dh kena jajah semula dlm bentuk hutang.negara cina telah bg hutang rm 55 bilion tu untuk buat ecrl pantai timur.lihat bahasa melayu di perlekehkan semasa majlis pecah tanah 2 hari lepas.

      Padam
    3. 655, ulasan yg dangkal. Kebanyakan orang yg beli kereta, rumah, kedai dan tanah perlu mengambil hutang. Tak de pun bermakna dijajah oleh bank.

      Padam
  9. Rahman kadir ni nanti jadi la KP Kem Kesihatan tak pun penggal depan di lantik jadi senator sebelum masuk kouta mamak dalam Menteri Kabibet

    BalasPadam
  10. Tukar kerajaan? Siapa PM? Tak habis gaduh.

    BalasPadam
  11. Ada juga y pmbaris...sbenar ny dia sndri phm ayat tu ayat perli...tp nk mng kn juga CW..tgok sndri la puak2 dpn mata kbenran msih nk bdolak dalik lh..������

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top