Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

JIJIK : Roti Canai "Berperisa" Kumbahan!!!


Eiii.... tergamaknya diorang buat macam ni? Apalah rasanya ye? Seorang pekerja sebuah restoran tersentak melihat kehadiran pihak berkuasa semasa pekerja itu sedang menguli tepung roti canai di atas penutup tangki kumbahan dibelakang premis itu, semalam.

Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di restoran nasi kandar di jalan Seberang Perak, di situ, pada jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan mengejutkan itu menyebabkan premis itu diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari mulai semalam untuk pembersihan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Selain itu, terdapat dua lagi restoran nasi kandar, masing-masing di Jalan Pegawai dan Jalan Stadium, di isni, juga diarahkan tutup dalam Operasi Pemeriksaan Halal di sekitar bandar raya ini kerana tahap kebersihannya yang kurang memusakan.

Harian Metro Online melaporkan Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Halal) Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Rosyadah Ramli berkata, operasi bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu menumpukan kepada enam restoran nasi kandar di bandar raya ini.

“Daripada enam yang diperiksa, tiga diarah tutup serta-merta kerana kebersihannya tidak memuaskan. Ketika diperiksa kita menemui najis lipas di dalam premis, selain keadaan premis juga berisiko mengundang kehadiran tikus disebabkan ada bahan mentah yang tidak ditutup.

“Kebanyakan bahan mentah di ruang dapur restoran yang diperiksa terdedah dan tidak ditutup, malah telur yang digunakan membuat roti canai atau masakan lain juga tidak dicuci dengan sempurna.

“Kita turut mengesan ada pekerja restoran terbabit menguli tepung roti canai di atas ruang penutup kumbahan najis di belakang premis dan ia agak menjijikkan, sekali gus restoran itu diarahkan tutup,” katanya yang mengetuai operasi berkenaan.

Selain JAIK, operasi membabitkan 30 anggota itu disertai agensi lain seperti Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri serta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Rosyadah berkata, sepanjang 14 hari ditutup, semua premis itu diarah melakukan pembersihan sebelum penilaian semula dilakukan.

- Malaysian Times
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top