AKHBAR China Press bertarikh 21 Mei 2013 memaparkan tulisan penulis, Bi Feng melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai yang mempersoalkan tujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mengadakan perhimpunan haram.
Hari ke-10 selepas pilihan raya umum (PRU), walaupun ramai orang terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk diadakan PRU berikutnya, tidak boleh dinafikan ramai lagi yang diganggu perhimpunan hitam Anwar yang seolah-olah masih mengharapkan keajaiban berlaku.
Memang benar, jika dapat melakukan keajaiban, penulis juga mengharapkan ia boleh berlaku tetapi melihat pihak yang datang itu dari jauh, ada yang datang dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan itu, apa yang boleh penulis katakan, kami amat kecewa!
Walaupun tidak mendengar sendiri ucapan Anwar tetapi reaksi orang yang hadir berkata, ucapan itu lebih hebat daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. Adakah kerana itu penulis rasa kesal dan kecewa?
Perhimpunan hitam tersebut disudahi dengan aman. Adakah ini menunjukkan rakyat tidak puas hati ataupun telah setuju dengan keputusan PRU itu? Mereka menghadiri perhimpunan, mengharapkan pemimpin mereka (Anwar) mengaturkan hala tuju dan memberi arahan seterusnya supaya dapat ke pejabat Perdana Menteri untuk memecat Najib ataupun ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan satu persatu bukti undi tidak adil dan menuntut diadakan PRU sekali lagi.
Apa yang menyedihkan, perkara itu langsung tidak berlaku. Di mana Anwar? Mungkin sedang menunggu supaya penyokong-penyokongnya hilang akal untuk menimbulkan bantahan di jalanan, mencetuskan huru-hara selepas mendengar ceramah hasutan beliau?
Namun, adakah semua rakyat mahu singkirkan kerajaan yang baharu ini? Dengan adanya bukti-bukti yang jelas, kami minta rakyat bertenang supaya pakatan pembangkang mudah melangkah masuk ke Putrajaya, bukannya untuk memimpin rakyat menyingkirkan kerajaan sedia ada kerana itu bermakna beliau (Anwar) seorang pemimpin pengkhianat negara. Dengan itu penulis hanya mahu berkata, itu (huru-hara) besar kemungkinan boleh berlaku.
Anwar mengadakan sidang akhbar memberitahu beliau ada bukti kukuh pelaksanaan PRU ke-13 tidak adil dan tidak sah tetapi beliau tidak menyerahkan bukti-bukti itu ke mahkamah, sebaliknya menjelajah ke seluruh negara adakan ceramah perhimpunan hitam.
Walaupun isi kandungan ceramah itu mempunyai ketaksuban yang kuat, jika kita fikirkan dan halusi, Anwar hanya menghentam kesilapan pihak lawan.
Walaupun ia seperti benar tetapi isinya tiada beza dengan pengkritik-pengkritik lain. Kelihatan Anwar akan boleh berkuasa tetapi jika diteliti ia tidak berbeza dengan seekor ‘belut’. Walaupun tidak dapat kedudukan itu, beliau hanya mahu lakukan sesuatu kerana disebabkan terdesak.
Penulis berharap kita dapat meredakan keadaan. Jika Anwar anggap rayuan ini masih belum matang untuk dikemukakan, penulis juga ternanti-nanti saat rayuan boleh dibuat dalam tempoh 21 hari, tidak sampai satu minggu sahaja lagi. Adakah di tangan Anwar benar ada bukti-bukti kukuh? Bila pula masanya beliau akan kemukakan bukti-bukti itu?
Jika hanya mahu menembak peluru merata-rata tempat untuk menghangatkan keadaan, penulis hanya mahu memberitahu semua bahawa perhimpunan yang dilakukan itu memang perhimpunan haram!
Tetapi, kepada begitu ramai pengikut-pengikutnya yang masih taksub dengan penyakit dakyahnya di musim PRU, adakah mereka berfikiran waras untuk menerimanya? Sepatutnya kita juga kena fikirkan, adakah beliau orang yang paling layak menjadi ketua di sesebuah negara? - UTUSAN
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....