CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman Facebooknya. Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoal siasat.
Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.
"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.
"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Dato' Sharil. - Bernama
Mari kita tengok menggigil tak dia nak kena mengadap...
BalasPadamPerbuatan berunsur menghina ini jelas satu KEBIADAPAN MELAMPAU. Terang terangan MENCABUL RUKUN NEGARA. Patut dilucut kewarganegaraan Malaysia!!.. Pihak berkuasa diharap bertegas!! Majoriti rakyat dah muat dengan kebiadapan seperti ini. Sekali lagi diharap bertegas.
BalasPadamJenayah SIBER mungkin antara jenayah yang paling besar kerana ia menyebabkan kerosakan yang amat luas...
BalasPadamApakah hukuman yang sesuai bagi Pesalah Jenayah Siber mengikut undang-undang HUDUD...?
Ahli Ulamaa' PAS yang paling sesuai memberi jawapannya....
Pembangkang banyak menyebarkan FITNAH dan HASUTAN melalui cara Jenayah Siber....