Nuffnang

TERKINI : ADAM ADLI BAWA POLIS KE PEJABATNYA DI BANGSAR!!




Sepasukan polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.

Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.

Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.

"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.
Share this article

5 Komen:

  1. Jngan trasa sdih n letih...kau orang pejuang.Hadapilah dgn tabah utk naik turun mahkamah.Spatutnya u brada di kampus untuk menimba ilmu tapi u pilih cara ini maka terimalah.Tahniah kpd ibubapa u krana membantu u dgn penuh tabah n bangga mempunyai anak spt u.Semoga sukses.wasalam.

    BalasPadam
  2. Baru setahun jagong kenal politik dah nak tunjuk jagoh, entah-entah sejarah pun tak tahu. Sebagai pelajar ini adalah masa untuk menimba ilmu. Bukan masa nak berpolitik Cukupkan ilmu didada baru bolih buat memacam. Kalau berasa tak sesuai belajar di negara nie. Pi la di U luar negara. Kat sana apa pon ada jangan dok peleceh Negara sendiri. Skang siapa yang rugi, masa depan ko.... pikir laa sendiri.

    BalasPadam
  3. apa yang dia dapat menyusahkan diri sendiri ataupun saja nak menonjolkan diri...!!!

    BalasPadam
  4. publisiti murahan..dgn memperkecilkan negara dan kerajaan sendiri..DSAI memperjuangkan keadilan juga..tapi pada peringat seusia mu DSAI mempercukupkan ilmu nya terdahulu..belajar hingga cukup ilmu di dada..TGNA ,MAT SABU DLL semuanya pd peringkat usia mu mereka menuntut ilmu dahulu..kau apa yg kau dapat...anak jahanam..

    BalasPadam
  5. KETUA MACAM SAMSENG PENYOKONG MACAM GAMPANG..INI NAK MEMERINTAH MALAYSIA ? BELUM MEMERINTAH DAH HURU HARA..ORG BN SEPERTI ALI RUSTAM DAN ABDUL GHANI BEGITU INTELEK SEKALI BERPERIBADI MULIA WALAU BANYAK JASA TAPI TEWAS TAK DI HARGAI RAKYAT ADA NAK BUAT HURU HARA?? INI LAH DIA PERIBADI ORANG BN BERBEZA DGN PERIBADI KETUA PR YANG LOW CLASS !

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top