10.15 malam : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mengambil tempat untuk memberi ucapan.
9.40 malam : Ucapan daripada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.
9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya. br>
9.20 malam : Ketika ini, hujan lebat di lokasi himpunan namun peserta tetap tidak berganjak.
9.16 malam - Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh memberi ucapan aluannya.
9.15 malam : Giliran Dayang Ku Intan memberi ucapan.
9.00 malam : Pemimpin DAP, Ronie Liu memberi ucapan.
8.55 malam : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap.
8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.
7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.
"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang - pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.
Badrul Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat "ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen untuk tiga isu:
1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.
Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.
7.00 petang : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mula menyampaikan ucapan di pentas utama himpunan. Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menyampaikan ucapan dan membuat persembahan -SH
6.45 petang : Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani turut berucap. Sementara itu, peserta himpunan mula meletakkan kenderaan masing-masing di susur masuk lokasi himpunan
6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.
5.30PM: Aktivis Pergerakan Pelajar Safwan Anang Akan menjadi Penceramah Pertama Di Atas Pentas
- menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
- menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
- menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Kalau diadakan gerai-gerai jualan...
BalasPadamkan lagi baik....Orang melayu boleh berniaga...
Menambah pendapatan dihujung minggu....
Gerai-Gerai jualan yang ada tu...berdaftar ke TIDAK....? Kot-Kot nanti MPPJ datang rampas pulak.....
Banyak orang muda berniaga sekarang ni di Putrajaya...Rugi Kalau Tak Ke sana....
Bagus idea tuan.
PadamKeputusan pilihanraya dah diwartakan so apa lagi jom lah buat bantahan...... dengan bukti yg kukuh walaupon spr tu dibayangi bn dgn suara rakyat kita boleh plus kita tambah lagi dgn penundi hanto or mat bangla yg banyak dicekup lelagi di gelang patah...... pelik masa hari undi sikit punya kecoh tapi bile pr menang digelang patah senyap terus......
BalasPadamSaya biasa jadi ejen, kerani undi dan Ketua tempat mengundi dari PRU6 hinggalah PRU13. Tidak ada sebarang keraguan perjalanan pengundian, pengiraan undi hinggalah penjumlahan undi setiap saluran berjalan dengan lancar. Kenapakah masih ada yang kata ada penipuan padahal setiap saluran ada ejen calon. Tunjukkan penipuan itu dengan bukti bukan dengan demontrasi jalanan. Rasanya ini bukan sebab SPR. Tetapi sebenarnya ada unsur lain yang mendorong puak-puak ni nak berdemontarasi dengan SPR sebagai kambing hitamnya.
BalasPadam2 la sy tanya kawan2 yg jd kerani mengundi...memang agen pembangkang sentiasa ada pada setiap masa sehingga kotak undi diserahkan....mcm mana plk blh berlaku penipuan. sudah2 lah pengaruh rakyat & belia2 membenci pemerintah sekrg, belajar terima hakikat bahawa sudah ditakdirkan, allah 2 maha kuasa & mengetahui atas apa yg berlaku. Yg baik itu dr allah & yg x baik 2 dr diri kita sendiri. Berhentilah dr bt huru hara.
BalasPadamINNNNNNNI..SEMUUUUUAAAA..POYOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!
BalasPadam